awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga warga Perancis sesat di Gunung Berembun ditemui selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2022
14:54 MYT
Tiga warga Perancis sesat di Gunung Berembun ditemui selamat
Tiga warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat di Gunung Berembun, Cameron Highlands pada Jumaat. - Foto JBPM Pahang/Sinar Harian
KUANTAN: Tiga warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat di Gunung Berembun, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tiga mangsa termasuk dua wanita itu ditemui orang awam di salah satu laluan di gunung berkenaan kira-kira jam 7.12 petang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.56 petang.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, ketiga-tiga mangsa dipercayai tersesat di lokasi antara 'trail' tujuh dan lapan laluan gunung berkenaan.
"Mangsa yang gagal mencari jalan turun menghubungi pihak bomba untuk bantuan. Susulan maklumat yang didapati tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands ke lokasi untuk operasi pencarian," katanya..
Ismail memberitahu, anggota bomba dibantu anggota pejabat hutan menggerakkan operasi pendakian menuju ke lokasi mangsa dilaporkan tersesat.
"Mangsa kemudian dilaporkan ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui laluan itu dan operasi diteruskan bagi membantu membawa turun tiga warga asing itu.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga Perancis
#sesat
#ditemui selamat
#Gunung Berembun
#Cameron Highlands
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan