awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor

Tikam anak saudara kerana dadah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/07/2021
11:09 MYT
Tikam anak saudara kerana dadah
Suspek bertindak menikam anak lelaki mangsa di bahagian perut manakala anak perempuan mangsa turut ditikam di bahagian tangan kiri. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki sanggup menikam dua anak saudaranya dengan sebilah pisau selepas bergaduh dengan kakaknya selepas permintaannya untuk mendapatkan wang membeli dadah tidak ditunaikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman @Abdul Rahim berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 1 tengah hari selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berlaku pergaduhan di sebuah rumah di Taman Melati.
Beliau berkata, tidak lama kemudian polis tiba di lokasi kejadian dan hasil siasatan awal mendapati, mangsa iaitu seorang wanita berusia 63 tahun memaklumkan dia didatangi suspek yang juga adik lelakinya berusia 61 tahun.
"Suspek dipercayai datang meminta wang daripada mangsa iaitu kakaknya untuk membeli dadah namun berlaku pertengkaran mulut antara mereka itu selepas suspek tidak diberikan wang.
"Pada masa sama, anak lelaki dan perempuan mangsa berusia 38 dan 23 tahun cuba meleraikan pergaduhan itu namun suspek bertindak mengeluarkan pisau dari bahagian belakang badan yang dipercayai dibawa dari rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Anuar berkata, suspek bertindak menikam anak lelaki mangsa di bahagian perut manakala anak perempuan mangsa turut ditikam di bahagian tangan kiri.
Beliau berkata, selepas melihat darah yang mengalir terlalu banyak, suspek bertindak melarikan diri dari rumah mangsa.
"Berikutan itu, kedua-dua mangsa yang juga anak saudara suspek kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.
"Namun selepas tiga jam laporan polis diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda melakukan serbuan di sebuah rumah di Felda Sungai Tiang pada jam 4.50 petang.
"Suspek berjaya ditahan dan sebilah pisau yang disyaki digunakan untuk menikam mangsa berjaya dirampas," katanya.
Anuar berkata, hasil semakan rekod mendapati, suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Beliau berkata, siasatan lanjut juga mendapati suspek turut melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana merentas daerah tanpa kebenaran polis.
"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis morphine dan direman selama empat hari sehingga 15 Julai ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera," katanya.
Anuar berkata, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 5(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Kawasan Tempatan Jangkitan (LLKTJ) Fasa Pemulihan Negara 2021 kerana merentas daerah tanpa kebenaran polis yang boleh didenda RM5,000 atau penjara.
Topic Berkaitan
#tikam anak saudara
#Dadah
#Taman Melati
#Sungai Petani
#Kedah
#IPD Kuala Muda
#Ujian air kencing
#Hospital Sultan Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.