Tikam kanak-kanak 30 kali: Lelaki 21 tahun direman tujuh hari

Astro Awani
Jun 19, 2018 15:55 MYT
Semalam, seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh bapa saudaranya sendiri. - Gambar hiasan
Seorang lelaki dipercayai menikam anak buahnya yang berusia tiga tahun sebanyak 30 kali di kediaman keluarganya di Taman Kepong pada Isnin, telah ditahan reman selama tujuh harı bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy ketika dihubungi Bernama berkata suspek berusia 21 tahun itu direman sehingga Ahad.
Menurutnya, ujian saringan air kencing menunjukkan ia negatif dadah.
“Kita sedang menjalakan siasatan darah dan toksikologi terhadap suspek,” katanya.
BACA: Kanak-kanak tiga tahun maut selepas ditikam 30 kali
Semalam, seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh bapa saudaranya sendiri.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9 malam di sebuah rumah teres dua tingkat yang juga merupakan kediaman keluarga mangsa di Taman Kepong, pada Isnin.
#anak #keluarga #lelaki #mangsa #maut #polis #rumah #siasatan #suspek #Taman Kepong #tikam