Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh bapa saudaranya sendiri.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9 malam di sebuah rumah teres dua tingkat yang juga merupakan kediaman keluarga mangsa di Taman Kepong, di sini pada Isnin.
Kanak-kanak tersebut ditemui oleh neneknya di sebuah bilik stor di tingkat bawah dalam keadaan ditutupi kain putih dan berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya menerima aduan dari sebuah hospital swasta kira-kira jam 9.30 malam.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 30 kesan tikaman pada badan mangsa dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam.
Susulan kejadian, polis telah menahan seorang suspek berusia 21 tahun yang merupakan bapa saudara mangsa.
Suspek juga dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden.
"Suspek dipercayai telah datang ke rumah mangsa bagi melawat ahli keluarganya.
"Ketika kejadian, ibu mangsa sedang tidur bersama seorang bayi di tingkat atas manakala neneknya keluar seketika.
"Setengah jam kemudian, nenek mangsa pulang dan mendapati mangsa berada di bilik stor, ditutupi kain putih dan berlumuran darah.
"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.
Polis turut merampas baju dan seluar yang dipakai suspek ketika kejadian.
Motif kejadian sedang dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Tue Jun 19 2018
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 30 kesan tikaman pada badan mangsa dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam. - Gambar hiasan
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Lelaki didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital di sini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, April lalu.
Hukuman penjara kontraktor cederakan 2 bapa saudara guna pedang dikurang kepada 10 tahun
Nik Muhammad Syafir Mat Rof, 29, sebelum ini dihukum penjara 12 tahun dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen bagi setiap kesalahan.
Empat beradik, bapa saudara antara tujuh yang ditahan edar dadah
Dalam dua serbuan di sekitar Seberang Perai Utara polis Pulau Pinang 41.8 kg dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta.
Kanak-kanak 6 tahun dakwa dicabul bapa saudara
Suspek dikatakan melakukan perbuatan itu ketika anak saudaranya sedang tidur.
Rogol: Bapa saudara mangsa dipercayai mabuk
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Sabtu, suspek dikatakan masuk ke bilik tidur sebelum meraba dan merogol mangsa.
Ibu, bapa saudara durjana: Remaja jadi hamba seks hampir 3 tahun
Seorang remaja perempuan menanggung derita hampir tiga tahun dipaksa menjadi hamba seks bapa saudaranya atas arahan isteri lelaki itu.
Penganggur direman bunuh bapa saudara
Seorang penganggur direman tujuh hari selepas dipercayai membunuh bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Serom 3.
Bapa saudara mengaku tidak bersalah liwat kanak-kanak 6 tahun
Tertuduh, 62 tahun, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
PDRM nafi dakwaan terhadap DCP Mior Faridalathrash
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata semua dakwaan yang tular di media sosial itu adalah tidak berasas.