MALAYSIA
Tikam pelajar: Dorongan emosi, media sosial faktor remaja tikam mangsa - KP Selangor
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan di sebuah Sekolah Menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai bertindak demikian akibat dorongan emosi dan pengaruh media sosial.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua faktor itu dipercayai mendorong suspek melakukan perbuatan tersebut.
"Siasatan pada peringkat semasa ini mendapati tiada unsur buli terlibat, siasatan awal juga mendapati suspek dan mangsa tidak mempunyai hubungan atau interaksi sebelum kejadian.
"Adalah dipercayai faktor dorangan emosi dan pengaruh media sosial dikenal pasti antara punca tindakan suspek berkelakuan sedemikian," katanya yang tidak mengulas lanjut mengenai pengaruh media sosial berkenaan.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.
Katanya, hasil siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang masalah mental.
"Pada waktu ini kita belum dapat mengesahkan keadaan kesihatan mental suspek namun semasa siasatan berjalan, kita akan melaksanakan pemeriksaan lebih lanjut.
"Setakat sehingga semalam, siasatan mendapat suspek tidak ada masalah disiplin," katanya.
Sementara itu, seramai 57 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes ini.
Ringkasan AI
- Polis Selangor mengesahkan suspek remaja lelaki bertindak atas dorongan emosi dan pengaruh media sosial, tanpa sebarang unsur buli atau hubungan dengan mangsa sebelum kejadian.
- Siasatan awal mendapati suspek tiada rekod disiplin dan belum disahkan mengalami masalah kesihatan mental, namun pemeriksaan lanjut akan dijalankan sepanjang tempoh siasatan.
- Seramai 57 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes ini yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.