MALAYSIA

Tikam pelajar: Hannah Yeoh beri jersi Team MAS sebagai perhormatan

Bernama 20/10/2025 | 04:15 MYT
Hannah Yeoh memberikan penghormatan kepada mendiang Yap Shing Xuen. - Gambar/ FB Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memberikan penghormatan kepada mendiang Yap Shing Xuen dengan meletakkan jersi Team MAS di tempat persemadiannya.


Ringkasan AI
  • Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memberikan penghormatan kepada mendiang Yap Shing Xuen dengan meletakkan jersi Team MAS di tempat persemadiannya sebagai simbol kenangan terhadap semangat aktif remaja berkenaan.
  • Mendiang merupakan pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut akibat ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa lalu.
  • Mayat mendiang disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana, Shah Alam selepas tiga hari upacara sembahyang dan penghormatan yang berakhir malam tadi.


Hannah berkata mendiang seorang remaja yang gemar bermain bola tampar dan mengamalkan gaya hidup aktif.

"Saya memberitahu ibunya Wong Lee Ping bahawa saya mahu Shing Xuen memiliki jersi kebangsaan kita dan Lee Ping berkata Shing Xuen pasti akan menyukainya.

"Kami mendoakan agar keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan di atas kehilangan mereka yang amat menyakitkan ini. Malaysia turut berduka bersama-sama mereka," katanya dalam hantaran di Instagram hari ini.

Mendiang merupakan pelajar 16 tahun yang maut akibat ditikam seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa lepas.

Mayat pelajar perempuan itu akan disemadikan secara pembakaran di Krematorium Nirvana di Shah Alam, Selangor selepas tiga hari upacara sembahyang dan penghormatan yang berakhir malam tadi.

-- BERNAMA


#pelajar maut ditikam #keganasan di sekolah #Hannah Yeoh #Yap Shing Xuen