MALAYSIA
Tikam pelajar: Mangsa ditikam berulang kali, suspek beli pisau, kerambit dalam talian - KP Selangor
Shazeli berkata, siasatan mendapati senjata yang digunakan termasuk pisau dan kerambit dipercayai dibeli secara dalam talian oleh suspek dalam tempoh yang agak lama. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Pelajar perempuan berusia 16 tahun yang dibunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini, semalam ditikam berulang kali pada bahagian dada dan leher.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan awal mendapati suspek, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, telah mengekori mangsa ke tandas sebelum insiden berlaku antara jam 9 hingga 9.30 pagi.
“Mangsa ditemui dalam tandas perempuan selepas kejadian. Suspek berjaya ditahan oleh guru sekolah sejurus selepas itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Menurut Shazeli, bedah siasat terhadap mangsa telah selesai malam tadi dan pihaknya kini menunggu laporan rasmi daripada pakar patologi bagi mengenal pasti punca kematian secara terperinci.
Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan terhadap latar belakang suspek, termasuk keadaan kesihatan mentalnya.
“Setakat semakan sehingga semalam, suspek tidak mempunyai rekod masalah disiplin. Namun, kami akan menjalankan pemeriksaan lanjut termasuk mendapatkan bantuan pakar psikiatri,” katanya.
Katanya, saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.
Pihak polis juga telah memperoleh beberapa dokumen berkaitan semasa tangkapan dibuat, yang kini dalam simpanan pegawai penyiasat.
Mengulas lanjut, Shazeli berkata, siasatan mendapati senjata yang digunakan termasuk pisau dan kerambit dipercayai dibeli secara dalam talian oleh suspek dalam tempoh yang agak lama.
“Semua alatan yang digunakan dalam kejadian ini diperoleh melalui pembelian atas talian,” jelas Shazeli.
Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam berulang kali di bahagian dada dan leher oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama antara jam 9 hingga 9.30 pagi.
- Suspek ditahan oleh guru sejurus kejadian dan siasatan mendapati senjata seperti pisau dan kerambit dibeli secara dalam talian; suspek tiada rekod disiplin dan ujian air kencing menunjukkan negatif dadah.
- Polis sedang menjalankan siasatan terperinci termasuk latar belakang dan kesihatan mental suspek, serta menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi; kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.