MALAYSIA
Tikam pelajar: Pihak sekolah tahu suspek ada masalah berkaitan personaliti, akademik - KP Selangor
Datuk Shazeli Kahar dalam sidang media pada Khamis memberikan perkembangan kes tikam pelajar perempuan sehingga maut di Bandar Utama, Petaling Jaya. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KLANG: Pihak sekolah menyedari masalah yang dihadapi suspek kes tikam pelajar perempuan di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, namun ia tidak mempunyai kaitan dengan kejadian tragik itu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak sekolah telah memberi perhatian terhadap masalah akademik suspek yang terjejas akibat isu psikologi, namun perkara itu tidak menjurus kepada sebarang petunjuk awal berhubung kejadian.
“Pihak sekolah mengetahui masalah yang dihadapi suspek, tetapi ia lebih kepada isu personaliti dan keupayaan pembelajaran pelajar tersebut. Ia tidak berkait dengan kejadian ini.
“Polis bukan pakar psikiatri, jadi kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan mental suspek. Apa yang boleh saya sahkan, suspek berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal,” katanya dalam sidang media selepas Program Walkabout bersama Usahawan Little India sempena sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Khamis.
Mengulas kemungkinan pengaruh media sosial sebagai faktor dorongan kepada tindakan suspek, Shazeli berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti platform yang memberi kesan langsung terhadap suspek.
“Media sosial mempunyai pelbagai medium. Polis sedang meneliti platform mana yang paling mempengaruhi suspek, termasuk kemungkinan permainan video,” jelasnya.
Pada Rabu, suspek telah direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ringkasan AI
- Pihak sekolah menyedari masalah yang dihadapi suspek kes tikaman pelajar perempuan di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, namun ia disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian tragik tersebut.
- Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, masalah yang dikenal pasti lebih menjurus kepada isu personaliti dan keupayaan pembelajaran suspek, manakala keadaan mentalnya akan dinilai oleh pihak lebih berkelayakan. Suspek kini berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal.
- Polis turut menyiasat kemungkinan pengaruh media sosial sebagai faktor dorongan, termasuk permainan video, dan sedang mengenal pasti platform yang memberi kesan langsung terhadap suspek. Suspek telah direman tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.