MALAYSIA
Tikam pelajar: Suspek disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, direman seminggu
Suspek kes tikam di sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini bagi membantu siasatan kes menikam pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi membantu siasatan kes menikam pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini.
Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis.
Suspek yang juga pelajar Tingkatan Satu (Kelas Peralihan) direman sehingga Selasa minggu depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam prosiding ini, suspek yang memakai baju oren diwakili peguam, Anuar Ezzad.
Pada Selasa, media melaporkan mangsa yang juga pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) sekolah sama, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, suspek berjaya ditahan pada hari sama.
Usaha media untuk mengambil gambar suspek ketika dibawa ke mahkamah tidak berjaya, kerana pelajar berkenaan dibawa menerusi laluan dalam ke lokap sementara. - Sinar Harian