MALAYSIA
Tikam pelajar: 'Suspek sudah lama beli pisau, kerambit dalam talian' - KP Selangor
Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan awal mendapati suspek memiliki pisau dan kerambit tersebut sudah lama. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
SHAH ALAM : Suspek pelajar lelaki yang terbabit dalam insiden tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, semalam, didapati membeli senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu secara dalam talian.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan awal mendapati suspek memiliki pisau dan kerambit tersebut sudah lama.
“Siasatan awal mendapati suspek memperoleh senjata tajam itu melalui pembelian dalam talian, dan telah berada dalam milikannya untuk satu tempoh yang agak lama,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Beliau mengesahkan bahawa pisau tersebut digunakan untuk mencederakan mangsa dalam insiden yang berlaku semalam.
Shazeli turut tidak menolak kemungkinan pengaruh media sosial menjadi antara faktor yang mendorong tindakan suspek.
Menurut beliau, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod masalah disiplin sepanjang tempoh persekolahannya.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing juga menunjukkan suspek negatif dadah.
Polis turut merampas beberapa dokumen berkaitan semasa tangkapan dibuat, yang kini dalam simpanan pegawai penyiasat.
Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira 9.10 pagi semalam, pelajar perempuan berusia 16 tahun terbabit maut ditikam suspek yang berusia 14 tahun.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ringkasan AI
- Suspek pelajar lelaki berusia 14 tahun didapati membeli senjata tajam secara dalam talian dan telah memilikinya untuk tempoh lama sebelum digunakan dalam kejadian tikaman yang menyebabkan kematian pelajar perempuan 16 tahun.
- Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod disiplin dan ujian air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah, namun pengaruh media sosial tidak ditolak sebagai faktor mendorong tindakan tersebut.
- Suspek kini direman tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dengan beberapa dokumen berkaitan turut dirampas semasa tangkapan.