Hampir sejuta tiket mula dijual Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak Khamis bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri nanti.
Ketua Strategik Komunikasi KTMB, Ahmad Asri Khalbi, berkata jualan tiket itu membabitkan perkhidmatan KTM Antara Bandar dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi perjalanan bermula 1 April sehingga 31 Mei tahun ini.
Beliau berkata, sebanyak 141,032 tiket KTM Antara Bandar ditawarkan bagi perjalanan membabitkan Tumpat, Gemas dan Johor Bahru, manakala 798,368 tiket ditawarkan bagi perkhidmatan ETS membabitkan laluan Gemas, Kuala Lumpur, Ipoh, Padang Besar dan Butterworth.
“Pembukaan jualan tiket terbabit dilakukan serentak di semua stesen pada 5 Mac. Jualannya dibuka awal kerana mengambil kira waktu cuti sekolah yang jatuh pada musim perayaan tersebut.
“Pelanggan dinasihatkan supaya membeli tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang murah di samping dapat membuat pilihan tempat duduk,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
KTMB menyediakan sebanyak 49 perjalanan KTM Antara Bandar dan 40 perjalanan ETS setiap hari.
Sementara itu, Ahmad Asri berkata, untuk mendapatkan tiket dengan lebih mudah dan cepat, penumpang disyorkan untuk menempah tiket secara dalam talian menerusi aplikasi MobTicket.
Beliau berkata, pelanggan boleh melayari laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-22671200 untuk maklumat lanjut.
Syahirah Hani Roslan
Mon Mar 09 2020
Jualan tiket KTM Antara Bandar dan ETS sempena Aidilfitri sudah mula dijual sejak Khamis.- Gambar BERNAMA.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Tiket balik raya KTMB sudah mula dijual
Pembukaan jualan tiket terbabit dilakukan serentak di semua stesen pada 5 Mac. Jualannya dibuka awal kerana mengambil kira waktu cuti sekolah yang jatuh pada musim perayaan tersebut.