awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air

Bernama
Bernama
12/03/2024
14:15 MYT
Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air
Syarikat penerbangan itu berkata kadar ini terpakai malahan bagi perjalanan pada atau selepas tarikh tersebut. - Gambar fail/Australian Aviation
KUALA LUMPUR: Batik Air memberi jaminan kepada penumpangnya bahawa tiket yang dikeluarkan sebelum semakan semula Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2024, adalah berdasarkan kepada kadar PSC semasa.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata kadar ini terpakai malahan bagi perjalanan pada atau selepas tarikh tersebut.
Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu menyokong kepentingan semakan semula PSC itu kerana pelaburan penting diperlukan untuk memudahkan pengembangan berterusan infrastruktur lapangan terbang bagi menyokong pertumbuhan sektor penerbangan Malaysia.
"Dengan kenaikan kadar yang dikenakan kepada penumpang di KLIA, kami mengharapkan standard perkhidmatan yang lebih tinggi bagi penggunaan kemudahan dan berharap agar isu seperti kesesakan dapat ditangani untuk memberi keselesaan terbaik kepada penumpang.
"Di Batik Air, kami terus komited untuk menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami dan kami yakin bahawa inisiatif ini akan memberi sumbangan positif kepada pertumbuhan dan pembangunan industri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batik Air
#sumbangan positif
#lapangan terbang
#PSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan