[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
GADGETS

TikTok akan diharamkan di AS bermula 4 April jika tidak dijual

Amanz 26/03/2025 | 05:00 MYT
Arahan penjualan dikeluarkan kerana tuduhan TikTok memberikan China akses kepada data pengguna AS. -Gambar hiasan/Reuters
TIKTOK akan diharamkan sekali lagi bermula 4 April depan sekiranya ia masih belum dijual kepada entiti yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Ringkasan AI
  • TikTok akan diharamkan di AS bermula 4 April jika tidak dijual kepada entiti AS.
  • Beberapa syarikat termasuk Oracle, Mr Beast, Microsoft, dan Perplexity berminat untuk membeli TikTok.
  • Arahan penjualan dikeluarkan kerana tuduhan TikTok memberikan China akses kepada data pengguna AS.

Awal tahun ini ia berhenti beroperasi selama sehari bagi mengikuti arahan eksekutif Presiden Biden yang mengarahkan ia dijual.
Tempoh jualan dilanjutkan selama 75 hari oleh Presiden Trump pada 20 Januari.
Walaupun tinggal hanya sembilan hari sahaja lagi, TikTok masih belum mengumumkan siapakah yang akan membeli perniagaan mereka.
Beberapa minggu lalu Oracle dilaporkan sebagai syarikat pilihan Presiden Trump dan Bytedance kerana mereka telahpun terlibat dengan proses pemindahan data pengguna Amerika Syarikat ke pelayar dalam negara.
Selain itu, Mr Beast, Microsoft, dan Perplexity juga menyatakan hasrat untuk membeli platform media sosial yang mempunyai lebih 300 juta pengguna di AS.
Arahan penjualan dikeluarkan oleh Presiden Biden kerana TikTok dituduh memberikan China akses kepada data pengguna Amerika Syarikat walaupun ia dinafikan Bytedance yang merupakan syarikat induk mereka. -Amanz
#TikTok #ByteDance #diharamkan sekali lagi #4 April #jual kepada entiti AS