Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
GADGETS

TikTok lancar 'Time and Well-being', bantu kawal masa skrin

Amanz 21/11/2025 | 06:15 MYT
TikTok memperkenalkan Time and Well-being untuk bantu pengguna berehat dan membina tabiat digital yang sihat. -Foto Amanz
TIKTOK memperkenalkan ruang baharu dinamakan Time and Well-being bagi membantu pengguna berehat dan membina tabiat digital lebih sihat.


Ringkasan AI
  • TikTok memperkenalkan ruang Time and Well-being untuk membantu pengguna berehat dan membina tabiat digital sihat.
  • Ruang ini menawarkan jurnal motivasi, bunyi menenangkan, dan latihan pernafasan bagi meningkatkan kesedaran diri pengguna.
  • TikTok juga menitikberatkan keselamatan remaja dengan tetapan keselamatan automatik dan ciri meditasi pada jam 10 malam untuk menenangkan diri sebelum tidur.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ciri ini menggantikan halaman pengurusan masa skrin lama dengan pelbagai fungsi baharu yang lebih mesra pengguna.

Ruang ini menawarkan jurnal dengan lebih 120 kad motivasi yang boleh dimuat turun atau dikongsi, bunyi menenangkan serta latihan pernafasan untuk meningkatkan kesedaran diri.

Pengguna juga boleh menonton video daripada pencipta kandungan yang berkongsi tip mengurus had masa skrin, menyesuaikan tetapan ‘For You’ dan memanfaatkan fungsi Family Pairing.

TikTok turut menitikberatkan keselamatan remaja dengan lebih 50 tetapan keselamatan automatik. Ciri meditasi pada jam 10 malam kini tersedia untuk semua pengguna bagi membantu menenangkan diri sebelum tidur.

Time and Well-being boleh diakses melalui tetapan akaun dan akan muncul apabila had masa skrin harian dicapai atau ketika Sleep Hours aktif.

TikTok juga menambah pautan video ‘Take A Break’ serta bekerjasama dengan pakar untuk mendidik komuniti tentang kesejahteraan mental. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah ciri baharu yang diperkenalkan oleh TikTok dalam usaha untuk membantu pengguna berehat dan membina tabiat digital yang sihat?
    A: TikTok memperkenalkan ruang Time and Well-being yang menggantikan halaman pengurusan masa skrin lama dengan pelbagai fungsi baharu seperti jurnal motivasi, bunyi menenangkan, latihan pernafasan, dan video tip pengurusan had masa skrin.
  • Q: Berapakah jumlah kad motivasi yang boleh dimuat turun atau dikongsi dalam ruang Time and Well-being TikTok?
    A: Ruang Time and Well-being TikTok menawarkan lebih 120 kad motivasi yang boleh dimuat turun atau dikongsi.
  • Q: Apakah langkah keselamatan yang diberi tumpuan oleh TikTok untuk remaja dalam ciri Time and Well-being?
    A: TikTok menitikberatkan keselamatan remaja dengan lebih 50 tetapan keselamatan automatik dalam ciri Time and Well-being, termasuk ciri meditasi pada jam 10 malam untuk membantu menenangkan diri sebelum tidur.



#TikTok #Time and Well-being #tabiat digital #pengurusan masa skrin