GADGETS

TikTok perkenal ‘Bulletin Board’ untuk perkongsian kandungan eksklusif

Astro Awani 14/11/2025 | 05:30 MYT
Pencipta seperti artis dan jenama terkenal dapat menggunakan Bulletin Board untuk berkongsi kandungan seperti lagu atau album baharu kepada peminat. -Foto Amanz
TIKTOK memperkenalkan Bulletin Board, saluran baharu dalam aplikasi yang membolehkan pencipta kandungan berkongsi secara langsung dengan pengikut.


Ringkasan AI
  • TikTok memperkenalkan Bulletin Board, saluran baharu dalam aplikasi untuk pencipta kandungan berkongsi secara langsung dengan pengikut, memudahkan penyampaian kandungan eksklusif dan memperkuat komuniti di platform tersebut.
  • Pencipta seperti artis dan jenama terkenal dapat menggunakan Bulletin Board untuk berkongsi kandungan seperti lagu atau album baharu kepada peminat, yang boleh kemudian disimpan pra-pelancaran rasmi, serta dimuatkan ke aplikasi penstriman muzik kegemaran melalui ciri Add to Music App.
  • Peminat boleh menyertai Bulletin Board pencipta dengan mengakses profil dan klik nama Bulletin Board di bawah bio mereka, menerima notifikasi setiap kali kemas kini dibuat, dan memberi reaksi dengan emoji; keselamatan dan pengalaman positif pengguna dijamin melalui garis panduan yang ketat serta alat-alat keselamatan seperti mute, block, dan report.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Saluran ini berfungsi untuk memudahkan pencipta menyampaikan kandungan eksklusif sekali gus membina komuniti yang lebih kukuh di TikTok.

Sepanjang fasa beta, Bulletin Board digunakan oleh pelbagai pencipta termasuk artis, penerbit dan jenama terkenal untuk berkongsi kandungan masing-masing.

Sebagai contoh, pemuzik boleh memuat naik lagu atau album baharu kepada peminat dan menjemput mereka untuk pra-simpan sebelum pelancaran rasmi.

Selepas itu, peminat boleh menambah lagu atau album tersebut ke aplikasi penstriman muzik kegemaran mereka melalui ciri Add to Music App.

Untuk menyertai, peminat hanya perlu pergi ke profil pencipta dan klik nama Bulletin Board di bawah bio.

Mereka akan menerima notifikasi setiap kali pencipta membuat kemas kini dan boleh memberi reaksi dengan emoji.

*Seperti semua kandungan di TikTok, Bulletin Board mesti mematuhi garis panduan yang dikuatkuasakan melalui teknologi serta moderator manusia.

Alat keselamatan seperti mute, block dan report turut disediakan bagi memastikan pengalaman positif.

Bulletin Board kini dilancarkan secara global untuk pencipta berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dengan 50,000 pengikut atau lebih. -Amanz



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah fungsi utama Bulletin Board yang diperkenalkan oleh TikTok?
    A: Bulletin Board berfungsi sebagai saluran baharu dalam aplikasi TikTok yang membolehkan pencipta kandungan berkongsi secara langsung dengan pengikut, memudahkan mereka menyampaikan kandungan eksklusif dan membina komuniti yang lebih kukuh.
  • Q: Bagaimana peminat boleh menyertainya?
    A: Peminat boleh menyertai Bulletin Board dengan pergi ke profil pencipta dan mengklik nama Bulletin Board di bawah bio mereka, di mana mereka akan menerima notifikasi setiap kali terdapat kemas kini daripada pencipta.
  • Q: Apakah alat keselamatan yang disediakan dalam Bulletin Board?
    A: Bulletin Board dilengkapi dengan alat keselamatan seperti mute, block, dan report untuk memastikan pengalaman positif, selain daripada mematuhi garis panduan yang dikuatkuasakan melalui teknologi serta moderator manusia.



#TikTok #Bulletin Board #pencipta kandungan #Add to Music App