TikTok uji ciri kenal pasti objek dalam video, bawa pengguna beli di TikTok Shop

Amanz
Januari 30, 2024 11:26 MYT
TikTok menguji ciri yang boleh mengenal pasti objek pada sesuatu video secara automatik, dan kemudian mencadangkan pengguna untuk mencari produk seumpamanya melalui TikTok Shop. -Amanz
TIKTOK sedia memfokuskan kepada integrasi edagang pada platform mereka, yang memudahkan pengguna membeli barangan dan pelbagai produk tanpa meninggalkan aplikasi berkenaan.
Terbaharu, TikTok juga melangkah setapak lagi ke hadapan, dengan membuatkan pengguna boleh melakukan pembelian daripada mana-mana video di platform tersebut.
Melalui ujian terbaharu, TikTok menguji ciri yang boleh mengenal pasti objek pada sesuatu video secara automatik, dan kemudian mencadangkan pengguna untuk mencari produk seumpamanya melalui TikTok Shop.
Apabila diklik, ia akan membawa ke TikTok Shop dengan produk seumpamanya dan membolehkan pengguna mendapatkan produk berkenaan.
Pihak TikTok mengesahkan ujian ini sedang dilakukan pada peringkat awal.
Dengan langkah ini juga, ia sekali gus mengubah gaya penggunaan TikTok, dimana pengguna boleh melakukan pembelian dari sebarang perkongsian video di TikTok, dan bukan sahaja perkongsian berbentuk jualan semata.
Ini juga dijangka secara tidak langsung akan meningkatkan kadar pembelian pengguna pada platform berkenaan. -Amanz
#TikTok #integrasi edagang #TikTok Shop #pembelian daripada video