awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tikus salai dari Vietnam dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Bernama
Bernama
18/05/2023
03:55 MYT
Tikus salai dari Vietnam dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Tikus salai seberat 10 kilogram (kg) itu dirampas daripada seorang penumpang yang baru tiba dari Vietnam. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas tikus salai bernilai RM1,000 yang cuba dibawa masuk ke negeri ini tanpa kebenaran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini semalam.
Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata tikus salai seberat 10 kilogram (kg) itu dirampas daripada seorang penumpang yang baru tiba dari Vietnam, hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.
"Tikus salai itu berjaya dikesan dalam bagasi penumpang tersebut dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan kami merampas kesemua hasilan haiwan itu kerana tiada permit yang sah untuk mengimport. Kes disiasat menurut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
"Seperti kita maklum, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung. Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya MAQIS, sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tikus salai
#pulau pinang
#maqis
#LTAPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan