Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M yang diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Jumaat malam.
Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Bagi naib johan, ia disandang oleh qari Mohamad Syaheed Sabri dari Pahang dan qariah Nurul Nadiah Hashim (Johor) yang masing menerima RM10,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.
Tempat ketiga dimenangi qari dari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Mahmur dan qariah dari Terengganu, Nor Jannah Abd Rahman yang masing-masing menerima RM7,500 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.
Dalam majlis hafazan dari juzuk 1 hingga 10, bahagian hafiz, Muhamad Al-Jazari Muhammad Helmi dari Kedah dinobatkan sebagai johan diikuti di tempat kedua Abdul Muni'm Ihyauddeen (Wilayah Persekutuan) dan ditempat ketiga, Muhammad Imran Hussin (Selangor).
Untuk bahagian hafizah, Nurul Izzah Mukhali dari Sarawak diumumkan pemenang diikuti Nurul Husna Abdul Aziz (Kedah) di tempat kedua dan Masyithah Mohd Farid (Negeri Sembilan) di tempat ketiga.
Johan menerima RM5,000 dan piala, untuk naib johan menerima RM4,000, tempat ketiga menerima RM2,000 dan RM1,000 untuk penerima saguhati.
Majlis hafazan bagi kategori juzuk 1 hingga 20 menyaksikan Sheikh Muhamad Aiman Hafiy Hishamuddin dari Terengganu dan hafizah dari Kelantan, Putri Auni Khadijah Mohd Hanif masing-masing dinobatkan johan yang menerima RM7,000 dan tambahan RM7,000 untuk menunaikan umrah.
Bagi kategori terakhir iaitu hafazan juzuk 1 hingga 30, johan bahagian hafiz milik Mohamad Hakim Mohd Hisam dari Kedah dan bahagian hafizah, Putri Aminah Mohd Hanif (Kelantan) yang masing-masing menerima RM15,000 dan wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, piala dan akaun Al-Awfar berjumlah RM20,000 tajaan Bank Islam.
Majlis Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan itu yang dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Feb lepas dan berlangsung enam hari dengan penyertaan 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri.
Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 21 2020

Johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil. - Bernama

8 kematian baharu akibat COVID-19, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM
Berikut lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

'Fill and finish' vaksin Sinovac di Malaysia diluluskan
Kelulusan ini dijangka meningkatkan bekalan vaksin negara yang sebelum ini bergantung kepada produk vaksin siap yang diimport.

COVID-19: Malaysia catat 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi
Jangkitan baharu itu melibatkan 2,843 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Dr Afifi al-Akiti rakyat Malaysia pertama terima vaksin di Oxford
Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin di Oxford, United Kingdom.

Dr Afifi al-Akiti rakyat Malaysia pertama terima vaksin di Oxford
Dr Afifi disuntik dengan dos pertama vaksin ketika menjalani ibadah puasa.

Pukul pengawal peribadi berpuasa: Ahli perniagaan didakwa lagi
Chung Chee Yang, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.
![[TERKINI] Perkembangan operasi mencari Kri Nanggala 402 [TERKINI] Perkembangan operasi mencari Kri Nanggala 402](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901213/32574879411619168393886_640x360.jpg)
[TERKINI] Perkembangan operasi mencari Kri Nanggala 402
Dua kapal Tentera Laut Indonesia dikerahkan untuk operasi mencari dan menyelamat kapal selam Nanggala 402 yang dijangka kehabisan bekalan oksigen dalam tempoh kurang sehari.

Tragedi Tanduo: Anak-anak sumber kekuatan balu wira negara
Ketibaan bulan Ramadan terutamanya, membangkit kerinduan tidak terperi, namun keberadaan anak-anak diakui menjadi sumber kekuatan buat mereka meneruskan kehidupan.

Zuraida alu-alukan jika Tun M kerjasama dengan Perikatan Nasional
Zuraida pernah menyuarakan cadangan agar Perikatan Nasional menjalin kerjasama dengan Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini.
![[TERKINI] Rombak Kabinet | Tujuh Menteri Singapura tukar portfolio [TERKINI] Rombak Kabinet | Tujuh Menteri Singapura tukar portfolio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901212/32574879401619167821726_640x360.jpg)
[TERKINI] Rombak Kabinet | Tujuh Menteri Singapura tukar portfolio
Tujuh menteri akan bertukar portfolio dalam rombakan Kabinet, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat. Rombakan itu dibuat dua minggu selepas Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat memutuskan untuk mengundur diri sebagai Ketua Pasukan Generasi Keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Tilawah Al-Quran: Qayyim Nizar, Puteri Kalimatul Azzua johan qari, qariah
Mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil.

Taha Ezat peserta termuda tilawah antarabangsa ke-59
Taha Ezat merupakan peserta pertama daripada enam peserta yang memperdengarkan bacaan suci ayat al-Quran malam tadi dalam majlis yang berlangsung sehingga Sabtu ini.