Tim Leissner mengaku bersalah curi wang 1MDB; Roger Ng dan Jho Low didakwa

Ibrahim Sani
November 1, 2018 15:02 MYT
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (D.O.J.) mendakwa Tim Leissner dan Roger Ng berkaitan dengan pengubahan wang haram dari 1MDB hari ini / Gambar Fail
Bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, Tim Leissner mengaku bersalah atas dua tuduhan jenayah melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad.
Leissner, 48 tahun, dituduh mengubah wang haram untuk bertujuan melanggar FCPA melalui pemberian rasuah terhadap pegawai-pegawai di Malaysia dan di Abu Dhabi.
Beliau juga didakwa menipu institusi kewangan terkemuka dunia itu dengan tujuan melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA).
Susulan pengakuan bersalah beliau itu,Leissner akan mengembalikan wang sebanyak RM180 juta (USD 43.7 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat.
Sementara itu, Jho Low dan bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng didakwa di Amerika Syarikat oleh Jabatan Kehakiman (D.O.J.) atas tuduhan konspirasi untuk mengubah wang haram dari 1MDB.
Seorang lagi individu yang berkaitan dengan 1MDB, Tim Leissner, telah mengaku bersalah atas ke atas semua tuduhan yang didakwa oleh D.O.J. terhadapnya.
Sebanyak tiga dakwaan jenayah telah difailkan oleh D.O.J. di sebuah mahkamah di New York terhadap Jho Low dan Roger Ng.
Tuduhan yang difailkan adalah konspirasi untuk mengubah wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan konspirasi untuk melanggar Akta Rasuah Luar Negara (Foreign Corrupt Practices Act atau FCPA) melalui bayaran rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi.
Roger Ng juga didakwa menipu pihak berkuasa A.S. dengan tujuan untuk melanggar Akta FCPA.
Roger Ng ditahan oleh pihak polis di Malaysia awal hari ini, menggunakan waran tangkap yang di mohon oleh kerajaan A.S. kepada Malaysia.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Amerika Syarikat #bradley hope #Jho Low #Roger Ng #saman #siasatan #Tim Leissner #Tom Wright #Wall Street Journal