Skip to main content

Malaysia

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman cedera dalam kemalangan

81556082070_TBazisjammanx.jpg
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman cedera ringan selepas terbabit dalam satu kemalangan di Nabalu, Kundasang pada pagi Rabu.

Ketika kejadian, Mohd Azis sedang menunggang motosikal ketika melancarkan program konvoi “Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah” anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kota Kinabalu, Sabah.

Kejadian berlaku sekitar pukul 10 pagi semasa dalam perjalanan konvoi bersama-sama peserta-peserta konvoi lain.

Mohd Azis dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih lagi dirawat.


Advertisement

Must Watch Video