awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri Luar terima kunjungan hormat 9 bakal Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

Bernama
Bernama
15/12/2022
23:00 MYT
Timbalan Menteri Luar terima kunjungan hormat 9 bakal Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Datuk Mohamad Alamin (tengah) bersama sembilan Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu di pejabatnya. - Foto Facebook/Datuk Mohamad Alamin
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin pada Khamis menerima kunjungan hormat daripada sembilan bakal Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu di pejabatnya di sini.
Semasa sesi kunjungan hormat itu, Mohamad turut mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan terkini hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas semua bakal Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dalam mempertahankan kepentingan negara untuk terus menjulang imej Malaysia di persada antarabangsa.
Beliau juga menyatakan harapan agar perwakilan Malaysia di luar negara meneruskan kerjasama erat dengan negara tuan rumah, demi meningkatkan lagi hubungan sedia ada ke tahap lebih baik termasuk dalam menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Alamin
#perwakilan Malaysia di luar negara
#Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan