awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan pengarah universiti direman 5 hari seleweng RM30,000

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2023
04:55 MYT
Timbalan pengarah universiti direman 5 hari seleweng RM30,000
Seorang timbalan pengarah sebuah universiti awam direman lima hari bermula Khamis oleh Mahkamah Majistret Shah Alam. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang timbalan pengarah sebuah universiti awam direman lima hari bermula Khamis oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes menggunakan jawatan dan kedudukan untuk mengambil RM30,000 hasil keuntungan program konferensi antarabangsa anjuran institusi berkenaan, dua tahun lalu.
Majistret Nur Faizah Abdul Sani memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Lelaki berusia 40-an yang dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren direman sehingga 6 Mac depan.
Menurut sumber, suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan pada jam 3.30 petang Rabu.
Katanya, suspek dikatakan telah membuat keputusan sendiri untuk memasukkan wang keuntungan tersebut ke dalam akaun bank peribadi miliknya pada Ogos 2021.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#reman
#Timbalan Pengarah
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan