Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu akan dilantik pada persidangan dewan undangan negeri akan datang 24 Nov tahun ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh.
Proses pencalonan telah bermula apabila kesemua 11 anggota dewan undangan negeri (Adun) menerima surat meminta mereka mencalonkan timbalan speaker baharu, katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Bangunan Parlimen pada Rabu.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan jawatan timbalan speaker akan diisi Adun PAS setelah timbalan speaker sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai anggota exco.
Yeoh juga berkata Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib, yang digantung daripada PAS, akan kekal sebagai Adun parti itu pada persidangan dewan undangan negeri akan datang kerana beliau tidak menerima sebarang surat rasmi daripada PAS tentang kedudukan mereka.
"Sepanjang yang melibatkan kami, saya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada PAS dan oleh itu, mereka kekal sebagai Adun PAS di dalam dewan," katanya.
Hasnul dan Saari digantung daripada PAS kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dalam krisis baru-baru ini, yang bercanggah dengan pendirian PAS.
Bernama
Wed Oct 29 2014
YEOH: Proses pencalonan telah bermula apabila kesemua 11 anggota dewan undangan negeri (Adun) menerima surat meminta mereka mencalonkan timbalan speaker baharu. -Foto BERNAMA
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
DUN Selangor lulus pindaan enakmen berkaitan pingat dan darjah kebesaran negeri
Hukuman yang patut dikenakan di bawah enakmen pindaan itu ialah denda antara RM100,000 hingga RM200,00 atau hukuman penjara tiga tahun.
Azmin Ali terus 'kunci mulut' isu DEIG
DEIG yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Timbalan Speaker DUN Selangor baharu akan dilantik 24 Nov - Hannah Yeoh
Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu akan dilantik pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 24 Nov ini.