awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen berbual ketika sesi bahas

Bernama
Bernama
25/10/2023
09:27 MYT
Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen berbual ketika sesi bahas
Ramli menegur seorang Ahli Parlimen kerana menjawab panggilan telefon bimbit dan 'sibuk' berbual menggunakan peranti itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor menegur beberapa Ahli Parlimen yang berbual ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 hari ini.
Ramli membuat teguran itu selepas ada Ahli Parlimen dilihat berborak serta berbual menggunakan telefon bimbit yang disifatkannya tidak menghormati Ahli Parlimen lain yang sedang berbahas.
Ketika Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) sedang berbahas, Ramli menegur seorang Ahli Parlimen kerana menjawab panggilan telefon bimbit dan 'sibuk' berbual menggunakan peranti itu.
"Sampai sini (tempat duduk Yang Dipertua) saya boleh dengar (perbualan)...kalau mustahak sangat, keluarlah (dari dewan). Kita hormatlah orang yang tengah bagi ucapan (berbahas)," katanya.
Terdahulu, Ramli turut menegur beberapa Ahli Parlimen kerana berbual sesama sendiri dan tidak memberikan fokus ketika Mordi Bimol (PH-Mas Gading) sedang berbahas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Speaker
#Dewan Rakyat
#tegur ahli Parlimen
#berborak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan