MALAYSIA
Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN pada 26 Okt ini - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program "Temu Anwar" Bersama Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) hari ini. - Foto Bernama
SERI ISKANDAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa Timor-Leste akan diterima sebagai anggota penuh ASEAN secara rasmi pada 26 Okt ini.
Ringkasan AI
Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 berkata, Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri berusaha gigih memastikan penyertaan penuh negara termuda Asia Tenggara itu ke dalam blok serantau berkenaan.
"Sejak awal lagi Malaysia menyokong kemasukan Timor-Leste, dan baru-baru ini kita berusaha keras untuk memastikan negara itu diterima sebagai anggota tetap ASEAN.
"Alhamdulillah, dengan kerjasama Kementerian Luar, pada 26 Okt ini secara rasmi Timor-Leste akan menjadi anggota tetap," katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Canselori UTP, Seri Iskandar, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dan Presiden UTP Mohamed Firouz Asnan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini di Kuala Lumpur, dengan kehadiran pemimpin berpengaruh dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden China Xi Jinping serta ketua-ketua kerajaan negara ASEAN dan rakan dialog.
Dalam Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 pada 9 Julai, para menteri menyatakan komitmen untuk menyokong Timor-Leste mempercepat penyertaannya dalam perjanjian ekonomi utama ASEAN bagi memudahkan integrasi sepenuhnya ke blok serantau itu.
Timor-Leste, yang mencapai kemerdekaan pada 20 Mei 2002, memohon keahlian ASEAN pada 2011.
Pada Februari lepas, Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste di Sekretariat ASEAN di Jakarta bagi mempercepat proses keahlian penuh selain menyediakan latihan teknikal menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), yang telah melatih 319 pegawai Timor-Leste dalam pelbagai bidang setakat ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Timor-Leste akan diterima sebagai anggota penuh ASEAN pada 26 Oktober, disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi ASEAN 2025.
- Malaysia memainkan peranan penting dalam mempercepatkan keahlian Timor-Leste, termasuk menyumbang AS$200,000 dan melatih 319 pegawai melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober, dengan kehadiran pemimpin dunia termasuk Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.