awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TIMSS 2015: Pencapaian Malaysia dalam Sains dan Matematik makin meningkat

Tan Su Lin
Tan Su Lin
29/11/2016
09:39 MYT
TIMSS 2015: Pencapaian Malaysia dalam Sains dan Matematik makin meningkat
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof menunjukkan pencapaian Malaysia dalam laporan 'Trends in International Mathematics and Science Study' (TIMSS) 2015 pada sidang media pengumuman laporan itu di Kementerian Pendidikan hari ini. -
Malaysia mencatatkan peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat antarabangsa.
Mengikut penilaian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS), satu kajian penandaarasan antarabangsa, Malaysia mencatatkan skor matematik 465 mata dan sains 471 mata.
Daripada 16 negara peserta yang telah mencatatkan peningkatan skor dalam Sains pada TIMSS 2015, Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 44 mata berbanding TIMSS 2011.
Bagi subjek matematik pula, Malaysia merupakan antara 18 negara yang menunjukkan peningkatan pencapaian iaitu 25 mata berbanding TIMSS 2011.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, pencapaian yang bertambah baik meletakkan kedudukan Malaysia pada kedudukan pertengahan dalam senarai kesemua 39 negara peserta.
"Ini merupakan satu peningkatan berbanding TIMSS 2011 yang meletakkan Malaysia pada kedudukan satu per tiga di bawah dalam pencapaian sains sebelum ini," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan Laporan TIMSS 2015 di sini, hari ini.
Menurut beliau, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian itu adalah kesediaan guru, pengetua, persekitaran sekolah dan sosioekonomi murid.
"Hampir kesemua guru dan pengetua mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dengan lebih 50 peratus guru mempunyai lebih 10 tahun pengalaman mengajar," katanya.
Kementerian Pendidikan mensasarkan pencapaian meningkat kepada 500 mata pada penilaian TIMSS 2019 kelak.
Kajian TIMSS diadakan setiap empat tahun.
Topic Berkaitan
#Dr Khair Mohamad Yusof
#Kementerian Pendidikan
#Ketua Pengarah Pelajaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan