awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan akan diambil ke atas penghuni PPR yang menyewakan unit mereka - Abdul Rahman

Bernama
Bernama
05/03/2016
23:22 MYT
Tindakan akan diambil ke atas penghuni PPR yang menyewakan unit mereka - Abdul Rahman
Beliau menggesa majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan memastikan rumah PPR hanya dijual atau disewakan kepada rakyat Malaysia yang layak. - Gambar fail
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memberi tumpuan kepada penguatkuasaan peraturan dan memantau unit-unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) tahun ini.
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Kabinet dimaklumkan pada 13 Jan bahawa sesetengah penghuni PPR di negara ini menyewakan unit mereka kepada pihak ketiga termasuk rakyat asing.
"Sesetengah penyewa yang menyewa sebanyak RM124 sebulan menyewakan semula unit-unit itu dengan kadar RM300 hingga RM400 sebulan dengan menafikan peluang bagi keluarga miskin untuk menyewa atau memiliki rumah.
"Untuk tujuan ini, kementerian buat kali pertama melancarkan operasi "Ops Sejahtera Komuniti" di kawasan PPR di Sabah hari ini, dan akan memberi tumpuan kepada isu penyewa menyewakan semula unit kepada pihak ketiga, kelewatan membayar sewa dan menyalahguna premis," katanya kepada pemberita di Dewan Lok Kawi di sini pada Sabtu.
Kemudian Abdul Rahman diiringi oleh pasukan petugas dari kementerian, kementerian kerajaan tempatan dan perumahan negeri dan pelbagai agensi kerajaan menjalankan pemeriksaan di empat unit-unit PPR di Taman Seri Segindai, Kinarut.
Sebanyak 118 daripada 500 unit di kawasan perumahan itu diperiksa dalam operasi itu hasil usahasama antara kementerian dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dengan kerjasama majlis daerah (Papar, Putatan, Tuaran and Penampang), polis, jabatan bomba dan penyelamat, imigresen, jabatan pendaftaran negara dan RELA.
Abdul Rahman berkata, surat peringatan akan dihantar kepada penghuni yang gagal membayar sewa, dan mereka yang menyewakan semula unit mereka kepada pihak ketiga akan diberi amaran dan notis pengosongan premis.
Beliau menggesa majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan memastikan rumah PPR hanya dijual atau disewakan kepada rakyat Malaysia yang layak.
Abdul Rahman berkata operasi itu akan diperluaskan ke wilayah lain di negara ini terutama Lembah Klang, Sarawak, Johor dan kawasan lain di Sabah disebabkan insiden tertinggi penyewa menyewakan unit-unit seumpama itu kepada pihak ketiga.
Pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohammad Mentek menyerahkan dokumen bagi dua projek PPR (1,000 unit) di Sandakan dan Tawau (400 unit) kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Matius Sator.
Topic Berkaitan
#Ops Sejahtera Komuniti
#PPR
#Program Perumahan Rakyat
#Rahman Dahlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan