SEMENYIH:Susulan laporan orang awam mengenai pencemaran longkang monsun di Taman Semenyih Permata di sini Khamis lepas, pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri telah menyita sebuah premis pemprosesan besi secara haram, sekali gus menghalang potensi krisis gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor Hee Loy Sian berkata, selain itu Majlis Pembandaran Kajang (MPKj) juga bertindak panas membina benteng bagi menghalang limpahan kolam air yang mengandungi bahan kimia terus masuk ke Sungai Semenyih.
Dalam sidang media di premis berkenaan yang terletak di Mukim Hulu Semenyih, beliau berkata, ia merupakan kali kelapan Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi berkaitan menghalang aktiviti yang boleh mengakibatkan krisis bekalan air seumpama ini.
“Dalam masa dua bulan setengah, hasil maklumat orang awam serta tindakan pantas pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri, kita berjaya mematahkan lapan tindakan dan aktiviti yang boleh menjejaskan bekalan air,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai premis berkenaan, Hee berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima laporan daripada MPKj pada Khamis lepas berhubung pencemaran yang dikesan di longkang berkenaan.
Beliau berkata, hasil siatan lanjut LUAS bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan MPKj, pencemaran berpunca daripada efluen premis peleburan dan pengasingan sisa besi yang beroperasi tanpa kebenaran di premis seluas tiga ekar tersebut.
Jelasnya lagi, terdapat kesan daripada aktiviti peleburan besi, sehingga menghasilkan debu atau serbuk karbon berwarna kehitaman, dan dibuang di dalam dua kolam yang berada dalam kawasan premis berkenaan.
“Limpahan aliran hitam (daripada kolam tadahan) tersebut telah mencemarkan longkang monsun berhampiran, malahan berpotensi untuk mencemarkan Sungai Semenyih.
“Jarak lokasi tersebut ke Sungai Semenyih adalah sekitar 2.3 kilometer, dan jarak ke muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Jenderam Hilir dalam anggaran 22km,” katanya lagi.
Hee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang berkata, buat masa ini, siasatan mendapati tuan punya tanah lokasi premis berkenaan hanya menyewakan kepada pihak ketiga, iaitu operator yang melakukan aktiviti peleburan dan pengasingan logam tersebut.
Jelas beliau lagi, operator berkenaan dikatakan mengambil sisa tinggalan besi daripada kilang berkaitan, termasuk yang dikesan berada sejauh di Perak.
“Berdasarkan sitaan dan siasatan awal, kita mendapati mereka tidak menggunakan kaedah pengasingan logam yang moden, sebaliknya kaedah tradisional seperti memproses timah sekitar 60an dan 70an,” katanya lagi.
Beliau berkata, notis sitaan telah dikeluarkan pihak MPKj, dan operator telah diarahkan untuk menjalankan kerja pengosongan dan pembersihan dengan kadar segera, sementara menunggu siasatan polis selesai.
“LUAS telah mengeluarkan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122 (1) Enakmen LUAS 1999 kepada premis terlibat berkenaan risiko dan ancaman insiden berkenaan kepada kuantiti dan kualiti air Sungai Semenyih.
“Premis telah diarah untuk menghentikan pelepasan efluen dari kolam terbabit, dan enalankan kerja-kerja pembersihan segera di tapak,” katanya lagi.
Ditanya mengenai sebarang penahanan, Hee berkata, buat masa ini kes masih di bawah siasatan polis, manakala 13 pekerja asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen yang sah, telah melarikan diri lebih awal sebelum penguatkuasaan bermula.
Di bawah Enakmen LUAS 1999, beliau berkata, premis terbabit boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, premis berkenaan juga menghadapi risiko denda RM3,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan sehingga perintah tersebut ditarik balik.
Di bawah Seksyen 79 Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 pula, Hee berkata, sebarang pencemaran sumber air apabila disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan denda tidak kurang RM200,000.00, tidak melebih RM1,000,000.00.
Firdaus Azil
Sun Feb 14 2021

Hee Loy Sian berkata, pencemaran berpunca daripada efluen premis peleburan dan pengasingan sisa besi yang beroperasi tanpa kebenaran di sebuah premis pemprosesan. - Gambar fail

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Tindakan awal ke atas premis haram proses besi berjaya elak krisis air di Lembah Klang - Hee Loy Sian
Pencemaran berpunca daripada efluen premis peleburan dan pengasingan sisa besi yang beroperasi tanpa kebenaran di premis tersebut.