MALAYSIA
Tindakan bersepadu JPJ, Imigresen tangani syarikat guna pemandu warga asing
Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan (kiri) melihat kenderaan perdagangan yang disita pada sidang media mengenai operasi khas gempur kenderaan perdagangan di JPJ Negeri Selangor, Jalan Padang Jawa hari ini. - bernama
SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi melaksanakan tindakan bersepadu menangani kes syarikat atau pengusaha lori yang menggaji warga asing sebagai pemandu tanpa lesen memandu sah.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata penguatkuasaan bersepadu itu adalah langkah terbaharu pihaknya selepas mendapati banyak kes berulang, terutamanya melibatkan pemandu lori sampah yang didapati memandu tanpa lesen sah serta menyalah guna permit kerja, termasuk oleh syarikat pembersihan milik kerajaan negeri Selangor.
Beliau berkata walaupun amaran dan sesi libat urus telah dibuat sebelum ini, pihaknya mendapati syarikat pembersihan berkenaan masih menggajikan warga asing tanpa lesen memandu sah sebagai pemandu lori sekali gus memberi risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.
"Berdasarkan statistik dari Januari hingga hari ini, JPJ Selangor telah mengesan 5,915 kesalahan membabitkan pemandu warga asing dalam beberapa siri operasi membabitkan syarikat pembersihan tersebut.
"Sebanyak 2,170 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, notis arah periksa (1,729), notis larangan penggunaan kenderaan (1,620), notis temu siasat (154), notis sita (138) dan notis meminta butiran pemandu (104)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Selangor di sini hari ini.
Muhammad Kifli berkata dalam tempoh 10 hari lepas, 25 lori sampah milik syarikat yang sama telah disita, antara lain disebabkan dipandu oleh warga asing tidak berlesen, tidak mempunyai cukai jalan dan insurans serta kenderaan tidak diselenggara dengan baik.
Beliau berkata kadar hukuman sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang hanya memperuntukkan denda minimum antara RM300 hingga RM1,000 disifatkan terlalu ringan dan tidak memberi kesan pencegahan kepada syarikat atau pengusaha lori.
"Untuk 25 lori yang disita, JPJ akan mengambil tindakan pelucutan hak di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) namun tindakan ini masih tidak memadai kerana syarikat yang menggaji pemandu tidak sah tidak dikenakan hukuman secara langsung.
"Kebanyakan pekerja ini menyalah guna permit kerja, jadi semua 25 kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Muhammad Kifli berkata pendekatan penguatkuasaan bersepadu JPJ dan JIM itu adalah langkah baharu bagi menangani kesalahan berulang serta mengelakkan insiden kemalangan terutamanya melibatkan kenderaan berat.
-- BERNAMA