awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan ke atas Dr Mahathir hanya akan keruhkan keadaan - Idris Haron

Bernama
Bernama
31/08/2015
12:46 MYT
Tindakan ke atas Dr Mahathir hanya akan keruhkan keadaan - Idris Haron
Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan itu 'kembali ke pangkal jalan' luas terbuka. - Gambar Fail
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi politik negara akan menjadi keruh sekiranya tindakan dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.
Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan itu 'kembali ke pangkal jalan' luas terbuka dan khuatir tindakan itu mungkin menutup segala jalan untuk menjernihkan situasi politik di negara ini.
Beliau juga percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendorong atau mempengaruhi Tun Dr Mahathir dengan memberikan maklumat tidak tepat berasaskan emosi serta persepsi, sehingga beliau menyertai perhimpunan itu.
"Beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu di luar kebiasaan (apabila menyertai Bersih 4) yang saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab di sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mengadiri Perarakan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.
Idris berkata kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 di sekitar Bandaraya Melaka sejak Sabtu lepas.
"Mereka ingin merosakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa tema Sehati Sejiwa tidak berlaku di negara ini, saya tegaskan mereka (penganjur Bersih 4) gagal kerana kita rakyat Malaysia bersatu menyambut kemerdekaan negara hari ini dengan meriah dan gembira," katanya.
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#bersih 4
#Dataran Merdeka
#idris haron
#Maria Abdullah
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan