KUANTAN: Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran televisyen pendidikan DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau yang melahirkan rasa simpati terhadap guru wanita itu berkata, masyarakat seharusnya mengambil kira bahawa guru tersebut bukan seorang pelakon profesional, dan mungkin tidak pernah mengikuti latihan sebelum penggambaran bagi rakaman berkenaan dibuat.
"Beliau tidak patut 'dibalun' kerana hanya menjalankan tugas sebagai pendidik... saya juga beranggapan tidak sesuai jika Kementerian Pendidikan (KPM) diperlakukan (dikecam) sedemikian, kerana ini perkara yang baharu dimulakan dan sudah tentu ada kelemahan di sana sini.
"Kelemahan ini perlu difahami dan disusuli dengan usaha membaiki keadaan, bagi memastikan kandungannya lebih baik dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Parlimen Indera Mahkota, di Pejabat Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.
Saifuddin berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga bersedia menawarkan bantuan kepada KPM, dalam penyediaan kandungan DidikTV, memandangkan kementerian mempunyai kepakaran yang boleh dimanfaatkan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dalam aspek penggambaran.
Saifuddin juga mengulangi pendirian KKMM, bahawa suatu akta anti buli siber perlu diwujudkan bagi menangani masalah tersebut, yang boleh menyebabkan mangsanya berdepan masalah seperti kemurungan, selain pernah berlaku kejadian bunuh diri yang dipercayai berpunca daripada buli siber.
"Kita tidak tahu jumlah mereka yang menjadi mangsa buli siber, kerana ramai yang tidak membuat laporan, sama ada kerana tidak tahu boleh membuat laporan atau berpendapat tidak ada tindakan yang boleh diambil jika membuat laporan. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana berpandangan begitu.
"Kita ada undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan, namun berkaitan dengan buli siber, kajian oleh KKMM dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) sebelum ini mendapati, lebih 80 peratus pengamal undang-undang berpendapat kita memerlukan undang-undang khusus bagi buli siber," katanya.
Sehubungan itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota menjelaskan, KKMM sedang menyiapkan kertas Kabinet untuk mendapatkan keputusan dasar, selain sudah memulakan draf awal rang undang-undang anti buli siber, supaya ia dapat dipercepatkan sebaik sahaja Parlimen mula bersidang.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, yang dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara dalam talian semalam, menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara pertama di rantau ini, yang membina ekosistem 5G.
Ini membolehkan rakyat Malaysia mula menikmati teknologi 5G secara berperingkat menjelang hujung tahun ini, iaitu setahun lebih awal berbanding perancangan asal di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang diumumkan Ogos tahun lalu.
Sementara itu, Saifuddin berkata sumbangan berjumlah RM105,000 telah diberikan kepada sekolah dalam Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan untuk diagihkan mengikut jumlah pelajar, dan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), hanya wakil daripada 47 sekolah dijemput pada hari ini.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin juga memaklumkan telah meluluskan peruntukan RM100,000 bagi membina pencawang elektrik untuk kegunaan 25 rumah di Kampung Kubang Ikan di sini, yang dihuni 80 penduduk selepas dimaklumkan kampung itu tidak menerima bekalan elektrik dan air.
Beliau berkata penduduk kampung itu kebanyakkannya bekerja sebagai penanam kelapa atau durian belanda selain menternak lembu atau mengusahakan kolam ikan dan wakil pejabat Parlimennya telah ke kampung tersebut sebaik sahaja perkara itu dibawa ke pengetahuan mereka.
"Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa kerja memasukkan elektrik ke kampung tersebut dijadual mengambil masa sehingga empat bulan," katanya.
Selain itu, katanya, Pejabat Parlimen Indera Mahkota akan berbincang dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menyelesaikan masalah kehadiran monyet liar di 10 buah sekolah menengah dan rendah di kawasan itu sebelum sesi persekolahan bermula 1 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021

Saifuddin berkata, masyarakat seharusnya mengambil kira bahawa guru tersebut bukan seorang pelakon profesional, dan mungkin tidak pernah mengikuti latihan sebelum penggambaran bagi rakaman berkenaan dibuat. - Gambar fail/BERNAMA

#NoToLanun: Didik keburukan 'mencuri' sejak kecil - Sheila Rusly
Sheila Rusly berpendapat ibu bapa perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak tentang keburukan mencuri sejak mereka kecil lagi.

Skuad projek FAM-MSN kenal pasti tiga pemain tunjukkan peningkatan ketara
Skuad 'ubi muda' Projek FAM-MSN telah mengenal pasti tiga pemain yang menunjukkan peningkatan ketara dalam bola sepak.
![[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup [TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900355/16572287721618711565616_640x360.jpg)
[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup

Pemakaman Putera Philip: Rakyat UK beri penghormatan terakhir
Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut
Kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.

Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Golongan pendidik dianggap sebagai kumpulan utama selepas majlis bandaraya mendesak agar sekolah dibuka semula.

Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup
Menerusi satu surat pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, semua murid yang tinggal di asrama pula perlu kekal berada di asrama.

'Sindiket judi online cuba hidup kembali'
Polis tidak menolak kemungkinan sindiket perjudian dalam talian cuba menghidupkan kembali kegiatan haram mereka selepas sekian lama.

The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.

Hentikan buli siber dalam media sosial
Buli siber dalam media sosial ini kesannya lebih buruk dari buli tradisional kerana sifat media sosial itu sendiri yang tanpa batasan dan pantas untuk tersebar.

Tindakan kecam, ketawakan guru sains DidikTV perbuatan buli siber - Saifuddin Abdullah
Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber.

Penyokong Jokowi kecam Najwa Shihab, dakwa lakukan buli siber ke atas menteri
Ternyata insiden itu tidak digemari penyokong kepada Jokowi yang menamakan diri mereka Relawan Jokowi Bersatu, menyatakan mereka terluka dengan tindakan Najwa itu.

'Persenda nama puteri Rasulullah, kelakarkah?'
Ibu bapa Fatimah Omar Mukhlis kesal dengan tindakan sesetengah pengguna laman sosial yang masih mempersendakan nama anak mereka.

Video 'ayah saya masak ketum': Hasil kajian Akta Anti Buli Siber dibentang hujung tahun ini
Terdahulu, video berdurasi 15 saat itu mengundang kecaman warganet apabila ia didakwa memberi kesan emosi kepada murid berkenaan.

Aznil ketengah isu buli siber menerusi Apo
Single Apo ajak masyarakat untuk sama-sama bantu pihak berwajib banteras jenayah buli siber.

Kerajaan perlu segera wujud Akta Jenayah dan Buli Siber - MPMMK
Majlis Pemikir Melayu Muda Kebangsaan (MPMMK) meminta kerajaan supaya segera memperkenalkan Akta Jenayah dan buli siber bagi mengenakan hukuman yang ketat dan berat kepada golongan pembuli siber.

3,877 akaun media sosial menyamar dikesan, 78 peratus dipadam - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata faktor utama akaun-akaun itu dipadam ialah kerana penciptaan akaun palsu untuk tujuan penyamaran.

Buli siber bakal diletakkan di bawah Kanun Keseksaan?
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan supaya Kanun Keseksaan (Akta 547) dipinda khususnya bagi menangani kes buli siber.

Ancaman siber gugat kelestarian kesejahteraan kanak-kanak - Dr Wan Azizah
Kanak-kanak yang menggunakan media sosial, 'open platform education' dan aplikasi digital dalam aspek pendidikan untuk mendapatkan makklumat dan interaksi sosial berdepan ancaman siber.