Tindakan keluar Dewan Rakyat 'memalukan diri sendiri' - Hishammuddin

Astro Awani
Oktober 23, 2016 08:09 MYT
Hishammuddin menyifatkan tindakan anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas hanya memalukan diri mereka sendiri. -Gambar fail
Segelintir Ahli Parlimen pembangkang tidak matang dan memalukan diri sendiri apabila bertindak keluar Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata mereka perlu bertanggungjawab di atas tindakan mereka yang sengaja membuat kecoh walaupun tahu pembentangan itu disiarkan secara langsung.
“Saya tengok reaksi mereka di luar sana memang satu tindakan yang memalukan diri sendiri, satu tindakan yang tidak senonoh.
“Tidak pernah dalam sejarah kita membentangkan Bajet, ada yang tergamak melakukan perkara sebegini, sengaja dilakukan pada masa dan ketika satu dunia sedang memerhatikan pembentangan bajet,” kata Hishammuddin.
Ahli parlimen pakatan pembangkang terbabit keluar Dewan selepas membuat kecoh ketika perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017.
Hanya Ahli Parlimen pembangkang daripada PAS yang kekal di dalam Dewan sehingga selesai pembentangan.
#anggota Parlimen pembangkang #Hishammuddin Tun Hussein #keluar Dewan Rakyat #memalukan diri mereka sendiri #pembentangan Bajet 2017