KUALA LUMPUR: Tindakan mahkamah menanti penyewa premis Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang masih berdegil melanggar perjanjian sewaan termasuk menjadikan premis itu sebagai stor.
Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan mahkamah berkenaan dibuat bagi mendapatkan perintah pengosongan dan pengeluaran saman terhadap penyewa terbabit.
“Ramai ambil kesempatan sewa murah, jadikan premis Mara tempat stor atau tidak buka hingga menjadikan bazar, arked dan premis Mara lain menjadi lesu.
“Cukup tiga bulan notis (pengosongan) keluar, tindakan mahkamah menyusul,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Asyraf Wajdi sebelum ini dilaporkan berkata, notis pengosongan dua bulan akan diberi kepada mana-mana pihak yang bertindak menjadikan premis Mara sebagai stor atau tidak dibuka seperti dalam perjanjian.
Menurutnya, ia merupakan salah satu langkah drastik menerusi Program Transformasi Premis Komersial Mara bagi memastikan premis berkenaan terus berfungsi membantu usahawan bumiputera menjana pendapatan.
Sebanyak 7,289 premis komersial milik Mara akan berwajah baharu menerusi program transformasi tersebut.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi menegaskan, tindakan mahkamah tersebut akan diambil kerana beliau mahu berlaku adil kepada ramai pemohon daripada kalangan usahawan bumiputera yang tulen dan benar-benar mahu berniaga di premis Mara tetapi dinafikan hak.
Beliau berkata, ia disebabkan perangai segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas sewaan amat murah dikenakan Mara.
“Tiga bulan lepas saya sudah bagi amaran bahawa saya sudah arahkan kepada pengurusan supaya keluarkan notis kepada semua penyewa-penyewa yang didapati melanggar syarat perjanjian termasuk tidak membuka kedai yang disewa, menjadikan premis sebagai stor dan lain-lain.
“Alhamdulillah nampak ada perubahan drastik. Masalahnya ada ramai juga yang degil dan tidak mengendahkan notis itu. Justeru Mara tiada pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan perintah pengosongan dan saman,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 19 2024
Asyraf Wajdi menerusi hantaran di Facebook beliau meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penyewa menjadikan premis Mara sebagai stor.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Kanak-kanak diculik dikembalikan kepada keluarga bersama patung harimau
Haiqal Hakimi Suhini dikembalikan ke rumahnya di Kampung Tupong Ulu Baru oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal.