KOTA KINABALU: Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun ketiga-tiga pelajar lelaki ini yang merupakan kes indeks bagi Kluster Sinsingon, Nabawan, telah menghadiri upacara pengebumian yang sama beberapa minggu yang lalu.
"Warden SMK Nabawan telah menempatkan tiga pelajar ini dalam satu bilik lain di asrama. Tindakan bijak mereka telah dapat mengurangkan kes jangkitan yang melibatkan pelajar-pelajar yang lain.
"Saya ingin mengambil kesempatan hari ini untuk mengucapkan tahniah kepada warden asrama SMK Nabawan, yang telah bertindak bijak," katanya pada sidang media harian COVID-19 Sabah di sini, pada Jumaat.
Jelasnya, warden asrama SMK Nabawan tersebut yang hanya dikenali sebagai Cikgu Lisa telah berbincang dengan pengetua sekolah, Haliman Darion, yang kemudian telah memberi arahan untuk meletakkan ketiga-tiga pelajar tersebut dalam bilik berasingan.
"Saya berharap kalau ada kes-kes sebegini berlaku di sekolah lain, mereka juga akan bertindak sama bijak seperti apa yang dilakukan oleh warden atau guru kita di SMK Nabawan," katanya.
Namun begitu, kluster ini dikesan telah merebak dua daerah lain, iaitu Kota Kinabalu (3 kes) dan Keningau (2 kes).
Jelasnya, punca penularan ke dua daerah terbabit masih tidak diketahui.
Sabah hari ini mencatatkan 129 kes positif COVID-19, dengan satu kes kematian direkodkan dari daerah Papar.
Tiga daerah yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Nabawan (29 kes), Keningau (22 kes), Kota Kinabalu (20 kes).
Satu kluster baru juga telah dikesan, iaitu Kluster Merotai Besar, Kalabakan yang melibatkan penularan di tempat kerja. Kluster ini mencatatkan 26 kes kumulatif.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Feb 26 2021

Datuk Masidi Manjun ketiga-tiga pelajar lelaki ini yang merupakan kes indeks bagi Kluster Sinsingon, Nabawan, telah menghadiri upacara pengebumian yang sama beberapa minggu yang lalu. - Gambar fail

Tiada niat jahat di sebalik pengisyiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri saran sektor swasta manfaatkan teknologi baharu
Beliau menjelaskan pandemik COVID-19 telah menjadi penyebab untuk mempercepat penerapan penyelesaian digital

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.

209 institusi pendidikan di zon merah Kuching ditutup mulai esok - KPM
Bilangan itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian
Kementerian Pendidikan sedia mengkaji saranan NUTP bagi mewujudkan jawatan warden asrama sepenuh masa di sekolah berasrama.

Warden asrama didakwa liwat, cabul pelajar tahfiz direman semula
Suspek berusia 28 tahun itu direman semula susulan laporan polis kedua dibuat mangsa pada 9 Mei lepas.

Guru sekolah agama direman cabul pelajar lelaki
Guru sekolah agama direman kes amang seksual pelajar lelaki

Sebat kaki pelajar: Madrasah tahfiz swasta disiasat
Ia susulan laporan kes salah seorang pelajarnya disebat oleh pembantu warden asrama madrasah itu sehingga mengakibatkan kecederaan serius di bahagian kaki.

Sebat pelajar: Pembantu warden madrasah ditahan reman bantu siasatan
Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap seorang pembantu warden asrama bagi membantu siasatan kes merotan seorang pelajar sebuah madrasah.