awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas perlu elak kes 'nafsu remaja mengatasi akal' - MyWatch

Hakim Rahman
Hakim Rahman
01/01/2016
10:41 MYT
Tindakan tegas perlu elak kes 'nafsu remaja mengatasi akal' - MyWatch
SANJEEVAN: MyWatch percaya kes seperti ini jika tiada tindakan tegas, pasti akan ramai lagi remaja yang nafsu mereka mengatasi akal akan bertindak sedemikian rupa. - Foto Twitter Sri Sanjeevan R
Badan pemantau jenayah, MyWatch hari ini menggesa agar remaja perempuan berusia 14 tahun yang didakwa mereka cerita yang dia diculik dikenakan tindakan tegas agar dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Pengerusinya Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan berkata, kes seperti ini berkemungkinan akan berulang sekiranya remaja itu dibebaskan begitu sahaja.
"MyWatch percaya kes seperti ini jika tiada tindakan tegas, pasti akan ramai lagi remaja yang nafsu mereka mengatasi akal akan bertindak sedemikian rupa.
"Tindakannya ini bukan sahaja menyusahkan ibu bapa tetapi turut menyusahkan pihak polis dan orang awam yang ramai bersimpati mengenai keselamatan dirinya," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Reka cerita 'diculik' kerana mahu bersama teman lelaki
Jelasnya remaja berkenaan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu memberi maklumat palsu yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Beliau dalam masa sama turut memuji kecekapan pihak polis yang berjaya menjejaki remaja itu dan teman lelakinya.
Remaja itu sebelum ini dikatakan tidak pulang ke rumah sejak pukul 2.30 petang Ahad, selepas memaklumkan kepada ibunya dia keluar untuk berjumpa rakan.
Susulan itu, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya kira-kira pada pukul 8.20 malam, Isnin lalu.
Kes mereka cerita mendakwa diculik seperti ini bukan pertama kali berlaku.
Sebelum ini pada hujung 2014, seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang turut bertindak mereka cerita kononnya diculik tiga lelaki di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang hanya kerana mahu melepaskan diri setelah gagal menghantar tugasan yang diberi pensyarah.
Topic Berkaitan
#culik
#MyWatch
#remaja
#Sri Sanjeevan Ramakrishnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan