awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas sewajarnya akan diambil terhadap portal salah lapor titah Sultan Pahang - Fahmi

Bernama
Bernama
31/03/2024
23:40 MYT
Tindakan tegas sewajarnya akan diambil terhadap portal salah lapor titah Sultan Pahang - Fahmi
FAHMI: Ini juga peringatan kepada semua pihak tidak kira media elektronik, cetak, portal, mahupun platform media sosial agar tidak sesekali memandang remeh isu 3R. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi memandang serius kenyataan media Pejabat Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan dukacita berhubung laporan sebuah portal bertajuk 'Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan Pas.'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, siasatan terperinci dan tindakan tegas yang sewajarnya akan diambil terhadap portal berkenaan.
"Ini juga adalah peringatan kepada semua pihak tidak kira media elektronik, cetak, portal, mahupun platform media sosial agar tidak sesekali memandang remeh isu 3R (agama, kaum dan raja)," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan itu yang disiarkan Jumaat lepas.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, baginda bertitah laporan itu ternyata bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana tidak harmoni dalam masyarakat.
Beliau berkata, baginda turut mengingatkan semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik untuk meneliti serta memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar daripada maksud sebenar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#portal salah lapor
#titah Sultan Pahang
#Fahmi Fadzil
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan