KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata kebenaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai urusan kecemasan.
"Saya percaya semua sekatan jalan raya (SJR) yang diaturkan oleh Ketua Polis Negeri (masing-masing) dan (semua) Ketua Polis Daerah telah bersedia untuk mengawal rentas daerah dan negeri.
"Rakyat perlu mematuhi arahan kerajaan, mana yang degil, tindakan undang-undang akan diambil," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan orang awam yang dikatakan merentas negeri bagi tujuan untuk pulang sempena sambutan Aidiladha kali ini.
BACA: Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama 'terkorban' akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham
BACA: "Tolonglah, jangan rentas daerah dan negeri ketika Aidiladha" - TPM
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata keadaan aliran trafik di SJR di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan ketika ini berada dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan.
"Mereka yang melalui SJR ini mempunyai dokumen sama ada untuk urusan pengambilan vaksin atau pun mereka yang mempunyai surat (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - MITI).
"... dan sekiranya berlaku sedikit kesesakan, adalah perkara biasa disebabkan petugas kami akan buat pemeriksaan secara lebih terperinci melibatkan dokumen yang mereka miliki," katanya kepada Bernama selepas membuat tinjauan di Plaza Tol Bentong, Pahang.
Di KOTA BHARU, Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata keadaan semasa trafik yang memasuki negeri itu adalah terkawal walaupun berlaku peningkatan lima peratus jumlah kenderaan seperti dilaporkan semalam.
Beliau menjelaskan peningkatan itu hanya berlaku di pintu sempadan di Jeli iaitu kenderaan yang datang dari arah utara, manakala situasi trafik di Gua Musang dan Pasir Puteh sama seperti hari biasa dalam tempoh pelaksanaan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara, ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Polis akan mengambil tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Aduan kes buli ditangani mengikut SOP, garis panduan ditetapkan - Fadhlina
Fadhlina yakin melalui pendekatan itu, kes buli akan dapat ditangani dengan lebih berkesan khususnya apabila turut melibatkan pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan komuniti.
Operator syarikat digesa pantau pemandu lori patuhi peraturan jalan raya
"Kita mahu jalan yang digunakan oleh orang ramai selamat dan bukan tempat meragut nyawa."
KPDN periksa 942 premis perniagaan di seluruh negara sempena SHMMP Deepavali 2024
KPDN menjalankan 942 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh negara, melibatkan 11 premis borong dan 931 kedai runcit dalam pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024.
Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISB) dipercepatkan.
GISB: Polis teruskan tindakan tegas, tahan beberapa lagi individu penting
PDRM hari ini meneruskan tindakan tegas dengan menahan beberapa lagi individu penting yang dikaitkan dengan GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu.
MyCC kenakan penalti terhadap tujuh syarikat terlibat kartel tipuan bida
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM446,092.95 ke atas tujuh syarikat persendirian atas dakwaan penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida.
Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.
Masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan tegas halang Israel daripada teruskan genosid
Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara yang berfikiran sama untuk kemasukan Negara Palestin ke PBB sebagai anggota penuh.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan
Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.