awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas terhadap individu sebar kandungan hina institusi diraja - MCMC

Bernama
Bernama
12/08/2023
06:15 MYT
Tindakan tegas terhadap individu sebar kandungan hina institusi diraja - MCMC
MCMC memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan berbentuk penghinaan terhadap institusi tersebut.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu sekiranya memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan membabitkan institusi diraja di media sosial dan aplikasi pemesejan.
Dalam kenyataan hari ini MCMC memaklumkan peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan berbentuk penghinaan terhadap institusi tersebut.
"Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan institusi diraja.
"Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menghina institusi diraja sebaliknya melaporkannya kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#MCMC
#hina raja
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan