awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeganathan teliti beberapa perkara sebelum mohon kembali ke Olahraga Malaysia
Bukan nak berlawan dengan artis luar, Siti Nurhaliza mahu angkat martabat seni tempatan
KPDN Johor siasat kenderaan asing tutup nombor pendaftaran isi RON95
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas terhadap premis jejaskan sektor pelancongan Terengganu

Bernama
Bernama
02/10/2022
04:40 MYT
Tindakan tegas terhadap premis jejaskan sektor pelancongan Terengganu
Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak menggunakan segala tindakan perundangan sedia ada dengan tegas jika ada premis yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan sehingga menjejaskan sektor pelancongan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata merujuk kepada isu pelancong yang jatuh sakit selepas bercuti di Pulau Perhentian yang tular di media sosial baru-baru ini, kerajaan negeri sangat memandang serius isu berkenaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menjelaskan isu sebenar yang telah berlaku dan laporan penuh akan menyusul apabila siasatan lengkap. Agensi-agensi terlibat perlu menjalankan siasatan di lapangan dalam kadar segera untuk mencari dan menilai punca kejadian.
"Kerajaan negeri tidak teragak-agak menggunakan segala tindakan perundangan sedia ada dengan tegas jika ada premis yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan memandangkan isu sebegini boleh memberi kesan kepada sektor pelancongan negeri ini," katanya dalam kenyatan hari ini.
Jumaat lepas, sebuah portal berita melaporkan sekumpulan 40 pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit selepas berenang di perairan pulau itu.
BACA: Pihak berkuasa siasat punca pelancong jatuh sakit di Perhentian - MOTAC
Menurut laporan tersebut, sebahagian mereka mengalami cirit-birit dan demam panas sejurus pulang bercuti dan beberapa orang dimasukkan ke hospital, manakala seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu dan dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah.
Dalam pada itu Ariffin berkata bagi mengatasi isu aduan sistem kumbahan di Pulau Perhentian, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam usaha membina Loji Kumbahan Bersepadu bagi menangani isu berkaitan pencemaran kumbahan di pulau peranginan itu.
"Selain itu susulan aduan sebelum ini, pihak KASA dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) sedang dalam tindakan menjalankan Pelupusan Enapcemar secara keseluruhan di Pulau Perhentian," katanya.
Katanya pihak Jabatan Alam Sekitar Terengganu juga sentiasa menjalankan program pengawasan kualiti air marin secara berkala di Pulau Perhentian dan bagi keputusan pengawasan itu pada Jun sehingga September lepas menunjukkan kualiti air berada pada tahap terbaik.
"Kerajaan negeri sangat komited dalam menjaga keselesaan dan keselamatan pelancong yang bercuti di pulau-pulau peranginan di Terengganu.
"Hal-hal yang mendatangkan kesan tidak baik kepada pelancong dan pengunjung di negeri ini akan diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya demi memastikan kelangsungan sektor pelancongan negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#Pulau Perhentian
#Ariffin Deraman
#Jatuh sakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan