MALAYSIA
Tinggal enam hari, 97 peratus kenderaan berat, bas belum pasang peranti had kelajuan - Loke
Loke menegaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan itu selepas 1 Oktober ini. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Penguatkuasaan pemasangan peranti had kelajuan (SLD) bagi kenderaan perdagangan termasuk bas persiaran dan ekspres akan bermula secara rasmi pada 1 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Ringkasan AI
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, jumlah keseluruhan kenderaan yang sepatutnya mempunyai SLD adalah 108,805 unit, namun setakat 23 September, hanya 2,915 (2.68 peratus) yang disahkan, manakala 97.3 peratus belum mematuhinya.
Loke menegaskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan itu selepas 1 Oktober ini.
"Pertamanya, surat tentunya datang daripada persatuan (berkaitan) yang menyatakan mereka tidak cukup tempat untuk membuat pemeriksaan, tidak cukup masa dan sebagainya.
"Ini memang alasan biasa, walaupun sudah tiga bulan. Dan kita tengok transaksinya tidak banyak. Mereka kata tidak cukup, kena beratur dan sebagainya, tapi tak betul.
"Tidak sampai pun 3,000 kenderaan yang membuat pengesahan. Bukannya tidak ada kapasiti, ada kapasiti. Kalau dalam tiga bulan, hanya 3,000, maksudnya mereka tunggu dan lihat, dan ini memang sikap biasa, tunggu dan lihat, tunggu orang lain buat dulu, dia ingat lepas tiga bulan, kita dah lupa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kementerian Pengangkutan, di sini pada Rabu.
Loke menjelaskan, sebagai langkah awal, Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat) akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi ketetapan. Pemilik diberi tempoh 10 hari untuk menunjukkan bukti pengesahan di JPJ dan jika lengkap, tiada tindakan lanjut akan diambil.
“Langkah ini bukan saman terus, tetapi memberi peluang kepada pemilik untuk mematuhi peraturan sebelum tindakan tegas diambil.
"JPJ akan terus memantau dan memastikan semua kenderaan berat di atas jalan mempunyai SLD berfungsi dengan baik," ujarnya.
Loke sebelum ini memaklumkan, penguatkuasaan itu melibatkan kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 2015, termasuk bas Berat Dengan Muatan (BDM) melebihi 5,000 kilogram (kg) dan kapasiti lebih lapan penumpang, serta kenderaan barangan dengan BDM melebihi 3,500kg.
SLD ialah peranti atau sistem kawalan kelajuan yang direka untuk mengehadkan kelajuan maksimum sesebuah kenderaan.
Penguatkuasaannya diaktifkan semula susulan bas yang terlibat nahas meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik pada 9 Jun lalu yang disahkan berpunca daripada bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju ditetapkan.
Ringkasan AI
- Penguatkuasaan pemasangan SLD bagi kenderaan perdagangan seperti bas persiaran, ekspres dan kenderaan berat akan bermula secara rasmi pada 1 Oktober, melibatkan kenderaan didaftarkan selepas 1 Januari 2015 dengan BDM melebihi 3,500kg atau kapasiti lebih lapan penumpang.
- Daripada 108,805 kenderaan yang sepatutnya mempunyai SLD, hanya 2,915 unit (2.68 peratus) disahkan mematuhinya setakat 23 September, manakala selebihnya belum memasang peranti tersebut.
- JPJ akan mengeluarkan Notis 114 kepada pemilik kenderaan yang gagal mematuhi ketetapan, memberi tempoh 10 hari untuk menunjukkan bukti pengesahan sebelum tindakan tegas diambil, dan akan terus memantau keberkesanan SLD di jalan raya.