NATIONAL
Tinggalkan Istana Negara, Muhyiddin kembali ke kediaman peribadi
Muhyiddin dilihat melambai tangannya dari dalam kenderaan kepada petugas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya di ibu negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin.
Kenderaan membawa Ahli Parlimen Pagoh itu memasuki perkarangan kediaman peribadi beliau sekitar pukul 1.09 tengah hari.
Muhyiddin juga sempat melambai tangan kepada petugas media yang berkampung di situ seawal jam 6.30 pagi tadi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letak jawatan? Muhyiddin selesai menghadap Agong di Istana Negara
Sebelum itu, beliau memasuki Istana Negara jam 12.23 tengah hari untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut.

#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#Perdana Menteri letak jawatan
#Muhyiddin letak jawatan
#calon perdana menteri
#Ahli Parlimen Pagoh
#peletakan jawatan PM