MALAYSIA
Tinggalkan majlis kerana keletihan, Dr Mahathir mohon maaf
Dr Mahathir memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 di Tasik Putrajaya akibat keletihan. -Facebook
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf selepas terpaksa meninggalkan majlis yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 di Tasik Putrajaya pada Ahad kerana mengalami keletihan.
Ringkasan AI
Bekas Perdana Menteri itu tiba ke majlis pada pagi kira-kira jam 7.45 dan dilihat ceria ketika berbasikal sekitar tasik.
Namun, beliau mula menunjukkan tanda-tanda keletihan selepas beberapa ketika serta tidak sempat menghadiri sesi memotong kek dan beramah mesra dengan orang ramai.
Beliau dihantar untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dibenarkan pulang pada petang hari yang sama.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat terus berada di majlis piknik semalam. Saya terlalu letih, dan doktor menasihati saya supaya pergi ke hospital.
"Jadi, saya pergi (ke hospital) tetapi hanya sekejap, dan kemudian pulang ke rumah.
“Sekarang saya berasa lebih sihat dan telah kembali kepada rutin harian seperti biasa.
"Saya harap semua orang dapat memahami, dan saya mohon maaf sekali lagi,” katanya dalam satu klip video ringkas pada Isnin.
Acara "Picnic & Potluck" yang diadakan di Tasik Putrajaya, dianjurkan bagi meraikan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir pada 10 Julai serta ulang tahun ke-99 isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, pada 12 Julai.
Ringkasan AI
- Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 di Tasik Putrajaya akibat keletihan.
- Beliau dihantar ke Institut Jantung Negara untuk rawatan dan dibenarkan pulang pada hari yang sama, kini kembali sihat dan menjalani rutin harian seperti biasa.
- Majlis Picnic & Potluck turut meraikan ulang tahun ke-99 isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, dan dihadiri ramai rakan serta peminat.
Bekas Perdana Menteri itu tiba ke majlis pada pagi kira-kira jam 7.45 dan dilihat ceria ketika berbasikal sekitar tasik.
Namun, beliau mula menunjukkan tanda-tanda keletihan selepas beberapa ketika serta tidak sempat menghadiri sesi memotong kek dan beramah mesra dengan orang ramai.
Beliau dihantar untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dibenarkan pulang pada petang hari yang sama.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat terus berada di majlis piknik semalam. Saya terlalu letih, dan doktor menasihati saya supaya pergi ke hospital.
"Jadi, saya pergi (ke hospital) tetapi hanya sekejap, dan kemudian pulang ke rumah.
“Sekarang saya berasa lebih sihat dan telah kembali kepada rutin harian seperti biasa.
"Saya harap semua orang dapat memahami, dan saya mohon maaf sekali lagi,” katanya dalam satu klip video ringkas pada Isnin.
Acara "Picnic & Potluck" yang diadakan di Tasik Putrajaya, dianjurkan bagi meraikan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir pada 10 Julai serta ulang tahun ke-99 isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, pada 12 Julai.

#Mahathir Mohamad
#majlis sambutan ulang tahun kelahiran
#ulang tahun kelahiran ke-100
#Tasik Putrajaya
#keletihan
#Hasmah Mohd Ali