MALAYSIA
Tingkat kerjasama universiti luar untuk pembangunan kurikulum - Tuanku Canselor UniMAP
Baginda bertitah Malaysia khususnya Perlis amat menantikan sebarang bentuk kerjasama bagi membuka lebih banyak ruang untuk anak muda berinteraksi, berkongsi ilmu dan menyemai kepemimpinan. - Foto fail/BERNAMA
JAKARTA: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diseru meningkatkan jaringan kerjasama dengan institusi luar negara khususnya Indonesia dalam aspek pembangunan kurikulum yang berfokus kepada pendidikan, teknologi, keusahawanan dan kepimpinan.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Tuanku Canselor UniMAP bertitah Malaysia dan Indonesia bukan sahaja berjiran, bahkan berkongsi akar budaya, bahasa dan nilai serumpun.
"Pendidikan bukan sekadar tentang akademik, tetapi juga membina kefahaman budaya. Dunia kini berdepan cabaran global iaitu perubahan iklim, digitalisasi serta pembangunan lestari.
"Saya melihat UniMAP mempunyai kekuatan tersendiri untuk berganding bahu dengan universiti luar dalam penyelidikan, inovasi hijau dan pendidikan berasaskan teknologi yang memberi impak kepada masyarakat serantau," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian semasa berangkat ke lawatan rasmi ke Universitas Negeri Jakarta (UNJ) di sini sempena International Leadership Mobility 2025.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor UniMAP.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah kehadiran ke UNJ yang merupakan institusi tersohor dalam bidang pendidikan, penyelidikan serta pembangunan sumber manusia, amat bermakna dalam usaha memperkukuh ikatan akademik dan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia.
"UniMAP sebagai universiti teknikal membawa amanah untuk menjalin kerjasama antarabangsa demi melahirkan generasi pelajar yang mampu bersaing pada peringkat dunia.
"Sesungguhnya, kehadiran saya dan rombongan UniMAP ke kampus ini membawa maksud lebih besar daripada sekadar kunjungan, tetapi sebagai usaha memperkukuh silaturrahim serta kerjasama strategik antara dua institusi pendidikan tinggi dari dua negara serumpun," titah baginda.
Baginda bertitah Malaysia khususnya Perlis amat menantikan sebarang bentuk kerjasama bagi membuka lebih banyak ruang untuk anak muda berinteraksi, berkongsi ilmu dan menyemai kepemimpinan.
"UniMAP sentiasa komited menjadi jambatan penghubung ilmu, teknologi dan budaya di rantau ini," titah baginda.
-- BERNAMA

#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Tuanku Canselor UniMAP
#pembangunan kurikulum
#universiti luar