awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkat kesedaran jaga kualiti air - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
22/03/2024
08:44 MYT
Tingkat kesedaran jaga kualiti air - TPM Fadillah
Fadillah berkata kualiti air juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pencemaran industri, pertanian, pembangunan bandar, dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia. -Facebook
KUALA LUMPUR: Peningkatan kesedaran dan usaha untuk melindungi dan menjaga kualiti air penting bagi kelestarian alam sekitar dan kesihatan manusia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kualiti air juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pencemaran industri, pertanian, pembangunan bandar, dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia.
"Air merupakan asas kehidupan. Malaysia juga sentiasa menitikberatkan pelaksanaan undang-undang yang wajar bagi memelihara kualiti, sumber, dan bekalan air negara.
"Marilah kita bersama-sama berikrar untuk menjaga dan menghormati sumber air yang kita miliki - Kurangkan pembaziran dan lindungi kawasan tadahan air, kerana setiap titisan air amatlah berharga," katanya dalam catatan menerusi Facebook bersempena sambutan Hari Air Sedunia hari ini.
Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun dengan tema sambutan tahun ini 'Air Untuk Keamanan'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#kualiti air
#pencemaran
#Kelestarian alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan