awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkat pelaburan dengan keupayaan PBT menjana perolehan sendiri - UN-Habitat

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/06/2023
16:23 MYT
Tingkat pelaburan dengan keupayaan PBT menjana perolehan sendiri - UN-Habitat
Neil menjelaskan pelaburan yang diraih hendaklah menggunakan pendekatan pendanaan campuran iaitu dengan meningkatkan penyertaan pihak swasta untuk tujuan pembangunan bandar secara keseluruhan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pendanaan berkualiti perlu dijana dengan menambah baik keupayaan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menarik pelaburan.
Pengarah Hubungan Luar dan Penasihat Khas kepada Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Dr. Neil Khor berkata Malaysia sudah mempunyai kerangka perundangan yang mencukupi, yang tinggal hanyalah menyelesaikan isu kesediaan data yang mencukupi.
“Kita perlu tambah baik penjanaan perolehan di peringkat setempat yang bermaksud pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diberikan latihan pembinaan kapasiti supaya PBT dapat menjana dana dengan lebih efisien.
“Undang-undang yang membolehkan hal ini sudah ada dan mencukupi. Tetapi memandangkan kita tidak mempunyai data yang secukupnya, kita tidak dapat mengumpul dana yang secukupnya,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Pengarah Hubungan Luar dan Penasihat Khas kepada Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Dr. Neil Khor berkata pelaburan berkualiti perlu dijana dengan menambahbaik keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menarik pelaburan. #AgendaAWANI #UNHA2 #AWANIxEmirates #FlyBetter pic.twitter.com/TeJnhEF4iq
— Astro AWANI (@501Awani) June 6, 2023
Neil menjelaskan pelaburan yang diraih hendaklah menggunakan pendekatan pendanaan campuran iaitu dengan meningkatkan penyertaan pihak swasta untuk tujuan pembangunan bandar secara keseluruhan.
Ini memandangkan 70 peratus daripada infrastruktur untuk tahun 2050 di dunia belum dibina dan ia akan dibina oleh pihak swasta.
Tingkat pelaburan dengan keupayaan PBT menjana perolehan sendiri - Pakar
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#UN Habitat
#SDG
#UNHA2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan