[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Tingkat pelaburan dengan keupayaan PBT menjana perolehan sendiri - UN-Habitat

Irfan Faruqi 06/06/2023 | 16:23 MYT
Neil menjelaskan pelaburan yang diraih hendaklah menggunakan pendekatan pendanaan campuran iaitu dengan meningkatkan penyertaan pihak swasta untuk tujuan pembangunan bandar secara keseluruhan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pendanaan berkualiti perlu dijana dengan menambah baik keupayaan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menarik pelaburan.
Pengarah Hubungan Luar dan Penasihat Khas kepada Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Dr. Neil Khor berkata Malaysia sudah mempunyai kerangka perundangan yang mencukupi, yang tinggal hanyalah menyelesaikan isu kesediaan data yang mencukupi.
“Kita perlu tambah baik penjanaan perolehan di peringkat setempat yang bermaksud pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diberikan latihan pembinaan kapasiti supaya PBT dapat menjana dana dengan lebih efisien.
“Undang-undang yang membolehkan hal ini sudah ada dan mencukupi. Tetapi memandangkan kita tidak mempunyai data yang secukupnya, kita tidak dapat mengumpul dana yang secukupnya,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Neil menjelaskan pelaburan yang diraih hendaklah menggunakan pendekatan pendanaan campuran iaitu dengan meningkatkan penyertaan pihak swasta untuk tujuan pembangunan bandar secara keseluruhan.
Ini memandangkan 70 peratus daripada infrastruktur untuk tahun 2050 di dunia belum dibina dan ia akan dibina oleh pihak swasta.
Tingkat pelaburan dengan keupayaan PBT menjana perolehan sendiri - Pakar
#Agenda Awani #UN Habitat #SDG #UNHA2