awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkatkan kawalan keselamatan di sekolah - Murugiah

Bernama
Bernama
15/10/2025
14:06 MYT
Tingkatkan kawalan keselamatan di sekolah - Murugiah
T. Murugiah berkata pengawal keselamatan perlu memperketatkan pemeriksaan beg pelajar dengan tindakan itu bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya langkah pencegahan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Sekolah-Sekolah Tamil Malaysia menyeru pihak sekolah agar mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak pelajar membawa masuk senjata tajam dan bahan terlarang seperti dadah dan vape.
Pengerusinya Datuk T. Murugiah berkata pengawal keselamatan perlu memperketatkan pemeriksaan beg pelajar dengan tindakan itu bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya langkah pencegahan bagi memastikan sekolah kekal sebagai zon selamat.
"Langkah ini amat penting demi menjamin keselamatan pelajar dan guru serta mencegah sebarang kejadian tidak diingini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Murugiah berkata ibu bapa pula diingatkan supaya memberi kerjasama erat kepada pihak sekolah untuk membentuk disiplin anak-anak dengan pendidikan moral dan nilai-nilai murni harus ditanam sejak kecil supaya pelajar tahu membezakan antara baik dan salah.
Beliau berkata demikian susulan beberapa insiden membabitkan pelajar baru-baru ini termasuk kes pelajar membawa pisau lipat ke sekolah di Selangor, pergaduhan berpunca ejekan media sosial di Johor, penemuan vape dan pemetik api dalam beg pelajar di Perak, serta kejadian murid cedera akibat dipukul rakan sebaya di Kedah.
Murugiah berkata insiden-insiden berkenaan menunjukkan tahap disiplin dan kawalan di sekolah perlu dipertingkatkan segera bagi mengelakkan bahaya dan menjaga imej pendidikan negara dengan tindakan tegas mesti diambil terhadap pelajar yang membawa senjata, bergaduh atau melakukan perbuatan ganas.
Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mengeluarkan garis panduan tambahan kepada sekolah untuk bekerjasama rapat dengan pengawal keselamatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta polis komuniti dalam memperkukuh keselamatan serta memantau tingkah laku pelajar kerana tiada kompromi dalam isu keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan
#pelajar sekolah
#kawalan
#disiplin pelajar
#T Murugiah
#zon se amat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan