NATIONAL
Tingkatkan keselamatan jalan raya akan turut bantu kurangkan masalah jenayah - Pakar
Prof Kulanthayan berpendapat pemasangan kamera untuk membendung jenayah dapat memberi pulangan merentasi bidang keselamatan jalan raya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pakar Keselamatan Jalan Raya mencadangkan agar dana yang diperuntukkan untuk program membanteras jenayah seharusnya dihalakan juga kepada bidang keselamatan jalan raya.
Ringkasan AI
Profesor Kulanthayan KC Mani berpendapat, tindakan tersebut ibarat serampang dua mata apabila keselamatan jalan raya dilihat dapat turut membendung aktiviti jenayah.
Beliau yang juga Pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia juga berpendapat langkah tersebut merupakan pulangan positif kepada kesejahteraan masyarakat.
"Satu pelaburan pulangan pelbagai bidang ataupun kalau tidak ada dana dalam bidang keselamatan jalan raya tetapi ada dana dalam bidang banteras jenayah, jadi dana tersebut dapat menjadi pulangan dalam bidang keselamatan jalan raya," katanya.
Kulanthayan mengambil contoh pemasangan kamera litar tertutup yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk membanteras jenayah juga boleh digunakan untuk mengawal keselamatan jalan raya.
"Pemasangan kamera untuk membendung jenayah kadang-kadang memberi pulangan merentasi bidang keselamatan jalan raya.
"Sebab pengguna jalan raya tidak dapat membezakan kamera tersebut untuk kegunaan bidang apa, maka kita akan dapat pulangan yang cukup baik," katanya lagi.
Kulanthayan berkata demikian semasa sesi webinar Minggu Keselamatan Jalanraya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-8 di Astro AWANI pada 8 Mei.
Ringkasan AI
- Prof Kulanthayan KC Mani mencadangkan agar dana yang diperuntukkan untuk membanteras jenayah turut digunakan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya, kerana kedua-dua aspek saling berkaitan.
- Beliau menekankan bahawa pemasangan CCTV bukan sahaja membantu membendung jenayah tetapi juga boleh digunakan untuk mengawal keselamatan jalan raya.
- Langkah ini dilihat sebagai satu pelaburan yang memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat dengan mengurangkan risiko jenayah dan kemalangan jalan raya.