DREBAR

Tingkatkan pengetahuan keselamatan anda dengan Nissan

Astro Publication 24/04/2015 | 09:10 MYT

Sebagai langkah di dalam meningkatkan kesedaran dan kemahiran keselamatan jalan raya di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) melancarkan Kempen Keselamatan Nissan 2015 beberapa hari lepas.

Tahun ini, kempen yang membentuk sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial ETCM menekankan kesedaran keselamatan menerusi dua program: 1) Karnival Keselamatan Kanak-kanak ‘Program Keselamatan Pertama Saya dengan Nissan’, dan Pengalaman Pemanduan Selamat.

Kali ini juga, Legoland Malaysia menjadi rakan korporat yang erat untuk menjayakan kempen keselamatan ini. Taman tema ini turut menjadi lokasi di mana acara pelancaran ini diadakan.

Karnival Keselamatan Kanak-kanak 2015 akan dikendalikan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam. Untuk tahun 2015, ETCM turut menambah satu inisiatif baharu yang dikenali sebagai ‘Menyelamatkan Diri daripada Kebakaran’. Ia fokus kepada mendidik para peserta bagaimana untuk menangani kebakaran dengan selamat serta kemahiran ikhtiar hidup pada waktu kecemasan.

Kempen keselamatan jalan raya ini akan dibawa ke beberapa lokasi lain di seluruh negara mengikut jadual di bawah:

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai program ini di www.nissan.com.my, Dan jika ada pemilik kenderaan Nissan yang ingin mengikutinya boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian +603-4047 8788 atau hantar e-mel ke crd@tanchonggroup.com. Jumlah peserta adalah terhad.
# # etcm #Nissan