KUALA LUMPUR: Majoriti penumpang berasa yakin dengan keselamatan perjalanan udara dan menyokong pemakaian topeng muka dalam masa terdekat, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Berdasarkan tinjauan IATA yang dibuat beberapa bulan lepas ke atas 4,700 penumpang di 11 pasaran dunia menunjukkan 85 peratus responden percaya bahawa pesawat adalah bersih dan diberi pembasmi kuman, manakala 65 peratus lagi bersetuju bahawa udara di dalam kabin pesawat adalah sebersih seperti dalam bilik pembedahan.
"Di antara mereka yang telah melakukan perjalanan sejak Jun 2020, 86 peratus berasa selamat di dalam kapal terbang susulan banyak langkah-langkah keselamatan COVID-19, yang mana 89 peratus yakin langkah-langkah perlindungan dilaksanakan dengan baik dan 90 peratus percaya kakitangan penerbangan melakukan tanggungjawab yang cekap bagi menguatkuasakan langkah-langkah itu," kata IATA dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh memberitahu untuk mengelakkan lapangan terbang menjadi sesak dengan pihak berkuasa kawalan sempadan yang berlebihan, kerajaan perlu menggantikan proses berasaskan kertas dengan penyelesaian digital seperti Pas Perjalanan IATA untuk dokumentasi vaksin dan ujian.
"Hampir sembilan daripada 10 responden menyokong idea penggunaan aplikasi mudah alih untuk menyimpan bukti kesihatan perjalanan mereka dan 87 peratus lagi menyokong sistem digital yang selamat bagi urusan pengiktirafan taraf kesihatan.
"Sejumlah 75 peratus responden menjelaskan mereka hanya akan menggunakan aplikasi jika mereka memiliki kendalian penuh ke atas data vaksin atau ujian mereka," katanya.
Menurut Walsh lagi, Pas Perjalanan IATA akan membolehkan pelancong menerima, menyimpan dan berkongsi maklumat kesihatan mereka dengan kerajaan atau syarikat penerbangan sambil mengawal maklumat pada peranti mudah alih mereka.
Katanya, hampir dua pertiga responden merancang untuk meneruskan perjalanan dalam beberapa bulan sebaik sahaja wabak itu berjaya dibendung dan sempadan dibuka, sementara hampir 85 peratus merancang perjalanan dalam tempoh enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021

Tinjauan IATA mendapati, hampir dua pertiga responden merancang meneruskan perjalanan dalam beberapa bulan sebaik sahaja wabak berjaya dibendung dan sempadan dibuka. - Gambar hiasan/BERNAMA

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.

Rakyat Korea Utara dinasihat berkumur air garam, minum teh herba untuk cegah COVID-19
Agensi hak asasi manusia PBB memberi amaran bahawa banyak kemungkinan buruk boleh terjadi ke atas 25 juta rakyat negara itu.

Vaksin COVID-19: 1.079 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1.079 juta atau 30.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin.

COVID-19: Tujuh kematian, 2,017 kes baharu dicatat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu setakat tengah malam tadi.

COVID-19: Tahap amaran di New York meningkat, syor pakai pelitup muka
Eric Adams memberi jaminan bandar itu tetap bersedia dan tidak panik walaupun ia memasuki tahap amaran COVID-19 yang tinggi.

Berbaki satu SOP, cerminan kejayaan Keluarga Malaysia - Hishammuddin pengerusi sidang terakhir Kuartet COVID-19
Sejak awal tahun 2020, 181 prosedur operasi standard (SOP) telah digunapakai, dan kini hanya tinggal satu SOP asas, dan 19 garis panduan.

Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19
Setakat 12 Mei lalu, lebih 93,000 kes jangkitan COVID-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 76 peratus berbanding dua minggu lalu, menurut laporan itu.

30.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,035 atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi.

COVID-19: Penggunaan ubat antiviral Paxlovid di AS meningkat 315%
AS telah meningkatkan jumlah lokasi pemberian Paxlovid daripada 20,000 kepada kira-kira 35,000 dan akan terus berusaha untuk meningkatkan ketersediaan ubat antiviral itu.

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.